31/10/2012

LAST DAY

ASSALAMUALAIKUM......

As all of us know....>ayat keling<
today is the last day for this month...but it is not the last day for my examination...
its just covered 1 of my exam paper...2 more paper is tomorrow and next 4days....
owh...i'm really tired...
reading.....reading and sleeping...
i'm always hungry when i wake up...
and when i am eating n eating n eating...
i will start to feel sleepy again n again n again...
so that i will never ever can read book anymore...
arghhhh...what i am talking?
mengarut!!!!
p baca buku nush~~!!



30/10/2012

tak tau nak habaq cane

ASSALAMUALAIKUM......
wat menda tuyh?
erk??
aku seperti biasa...sedang membuang masa yang tinggal sekangkang kera ni...
memang xtaw la nak habaq cane...
ak memang malas tahap gaban nak baca buku ni...
ce habaq kat aku cane nak menghapuskan kemalasan yang ada pada diri aku...
seperasan aku la...
semakin bertambah sem, semakin malas aku membaca....
cane nak sambung master nim?
lau dipikiaq-pikiaq aku nak keja jer...
suka ati la keja apa...janji dapat duit...
>kecuali yang haram la<
korang ni lau xhabaq awai-awai mula la pikiaq bukan-bukan kan?
korang ingat aku xjeles ke tgok bebudak yang sama umur ngan aku, kebanyakannya dah kawin n the most important thing is dyorang da dapat pegang duit sendiri
>ops, aku rasa dah xbudak kot<

aku ni masih pegang duit orang lain...
nak beli baju bajan n seluar pown still kena berjimat-jimat sedangkan orang lain berjimbo-jimbo ngaan duit gaji depa...
jeles seyh!!!


aku pown nak bersopim-sopingan macam orang lain...
nak beli barang-barang yang ada brand dan bukannya barang china mahupun siam...
owh...aku harap aku akan dapat rasa jugak semua tu suatu hari nanti...
thats y la aku malas nak pikiaq sal kawin-kawin lagi...
aku nak enjoy sensoram dulu...da kawin xleh enjoy da...terbatas...sebab ada orang akan jeles..kuikuikui...


29/10/2012

power of

ASSALAMUALAIKUM......
Biasanya adik-adik, kakak-kakak sekalian sibuk belajar pwer roots, power of 2, 3,4,5 n bla...blaa... kan?? tu semua dalam subjek matematik kan....okai...hari ni saya nak ajar adik-adik n kaka-kakak semua mempelajar kuasa hurup-hurup plak...xnak nombor-nombor da...boring + bosan  = ringbo....

okai kita mulakan dengan kuasa kebencian...
kita mulakan dengan perkataan BENCI dulu sebab mudah~~
aku tengah ketegaq nak marah kat sebijik budak nim...
apabila kita tengah membenci seseorang maka dengan mudahnya kita akan memahami konsep ini...tiadalah salah tanggapan atau serebo serebi yang berkaitan...

jika ada sebijik manusia dengan lemah LEMBUnya memberitahu anda bahawa dia membenci anda....maka anda perlu mejawab...

sekali kau benci aku, aku benci ko berkali-kali....
owh...itu bukan jawapan yang tepat...oleh kerana kita ingin menunjukkan bahawasanya kita lebih pintar dari mereka kita perlu menjawab :

erk? aku benci ko to da power of 10

anda juga boleh menukarkan nombor 10 itu dengan nombor-nombor lain mengikut tahap ketaksukaan anda kepadanya...tapi lau x taw sebut perkataan tu dalam bahasa inggeris jangan la disebut...buat malu laki bini mak bapak tiri ko jer...sebut la nombor-nombor yang ko taw seperti twenty ker hundred ker....jangan buat sebutan magris sodah la yer puan-puan...nanti kesian korang-korang ditertawakan depa....

ok la noyh...kita sambung lenkali...lau nak blajar bnyak-banyak kena bayar...haha


WHAT THE TIME IS CLOCK?
Hahaha...

LANTAK P LA

berbekalkan tajuk entry yang tidak seberapa di atas, aku dengan penuh kasih sayangnya mengumumkan bahawa akau telah berjaya menjalani satu ujian yang tidak asing lagi iaitu ujian akhir semester....dengan berbekalkan ilmu yang xberapa penuh di dada...aku memasuki dewan peperiksaan dengan terketar-ketar seperti orang yang berpenyakit parkinson....tidak cukup dengan getaran itu, aku juga telah menjumpai meja tempat duduk aku di hadapan sekali iaitu tidak berapa jauh daripada segerombolan pengawas yang menjaga dan mencari mangsa-mangsa yang meniru....OMG nampak gayanya hilang nawaitu aku untuk bertanya-tanya khabar orang sebelah lau xdapat nak jawab....


ni lorh gamaknya...parkinsomn...



ok...kita teruskan....
oleh kerana nawaitu aku untuk membuat komunikasi bukan lisan dengan orang sebelah terpaksa dibatalkan dengan serta merta...sedang aku berpikir-pikir gaya dan cara meniru yang sesuai...ak dikejutkan dengan dentuman yang kuat pada meja aku...dan tidak syak lagi...itulah bunyi kertas soalan dihamparkan di meja aku...dengan sepintas kilatnya aku membaca muka hadapan kertas soalan tersebut yang tercetak "JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU"...aku yang memahami arahan itu MEMBELEK secara perlahan-lahan agar TIDAK TERBUKA untuk mengetahui isi soalannya bagi memastikan dan meyakinkan diri aku bahawa apa yang aku baca itu ditanya di dalam kertas soalan tersebut....

Owhh, sungguh mengejutkan!!!
ternyata tiada....memori jangka pendek aku yang tadinya full mendelete folder-folder yang tidak berkenaan..dan mencari gali perkara-perkara yang telah aku pelajari berkaitan soalan yang diberi.... dannnn apabila ketua pengawas membuat pengumuman perayaan untuk menjawab soalan....aku dengan penuh tekun dan sabar mengatur dan menyusun ayat-ayat yang tidak berapa aku ingat dan menambahkan fakta-fakta tersebut dengan sedikit auta agar esei aku kelihatan panjang berjela-jela supaya tidak menampakkan kebodohan aku dalam beberapa segiempat.

setelah dua jam setengah aku bertungkus lumus mengisi rongga-rongga jawapan yang masih kosong, kertas soalan aku pown diragut oleh pengawas yang bertugas untuk meragut kertas ujian daripada kami...Oh my gucci....ak tertunduk dan terdiam beberapa saat sebelum dibenarkan keluar dari dewan dan pulang ke rumah dengan penuh hampagas....

xpe la...
ni semua mungkin berkat aku tido banyak sangat semalam...
ada 2 paper lagi untuk digomoli...semoga dipermudahkan~~~
Amin....


p/s : aku sebenarnya xde la ketagih @ pulun sangat meniru...cakap jer kencang...buatnya x beb!!!hehe


27/10/2012

IBU AYAM

ASSALAMUALAIKUM......
nampaknya harini dah masuk hari kedua kita menyambut hari raya Qurban....arn??
tapi aku xsambut pun sbenarnya...harini sekali lagi aku hidup dalam kelaparan kerana tiada kedai-kedai makan di sekitar tanah yang xberapa nak merah ni yang buka...yerlah!! nak buka kedai wat mendannya orang nak beraya..

oleh kerana perasaan lapar membuak-buak sehingga tidak dapat dibendung lagi...ak akhirnya mengambil keputusan untuk memakan kfc sekali lagi...ini bermakna dua hari berturut-turut aku terpaksa makan kepsi....bukan aku xnak makan....tapi maslahabnya mahal...sekali makan habis berbelas-belas ringgit...lau beli kedai makan biasa banyak tu bleh spend tuk 3kali makan...

1 lagi sebab munasabab aku xnak makan kepsi ialah kerana kadar kolestrol di dalam ayamnya agak tinggi melangit dan agak tidak sesuai kepada orang-orang berkolestrol macam aku ni....hari-hari makan ayam...muka da macam ibu ayam da....

26/10/2012

AIDILADHA

assalamualaikum....
terlebih dahulu izinkan saya mengucapkan salam Aidiladha buat semua umat islam tidak kira di mana anda berada....di hari raya ini, tepat pukul 11.48 pagi...saya berada di atas tilam yang empuk lagi enak dengan memakai pakaian biasa >maksudnya bukan baju raya< dengan bertemankan tahik mata serta air liur basi, bagi menaip entry ini...

hari ini merupakan hari raya pertama untuk pengetahuan tuan-tuan dan puan-puan yang telah mengetahui mahupun tidak mengetahui...hari ni semua orang sibuk menunaikan ibadah korban...tapi apakah erti pengorbanan bagi saya? sedangkan hari ni saya semayang raya pown x....

ini merupakan tahun kedua saya menyambut aidiladha tanpa keluarga di sisi....kalau kebiasaanya, bila beraya di kampung kat kelantan..saya akan melakukan satu pengorbanan yang besar di mana saya akan memakan pelbagai juadah seperti nasik kerabu,laksa penang, laksa lemak,dan segalo mok niko juadah yang dihidangkan oleh mereka-mereka untuk santapan saya.. tapi bila berada di sini, pengorbanan itu tidak dapat dilakukan dan erti pengorbanan bila berada di sini telah berubah berikutan kerana tiada kedai-kedai makan yang buka melainkan restoran fast food seperti kepsi dan pija sahaja yang buka...

namun begitu saya tetap akan melakukan pengorbanan di kepsi pada tahun ini : sama seperti tahun lepas...apabila saya kelaparan petang nanti saya dengan bangganya akan ke restoran kepsi bagi menghadap dua ketul ayam ditambah dengan coleslow dan serebo mok niko yang terdapat dalam set snake snack plate...

Aidiladha tanpa KFC sungguh menyedihkan....erk?

Mungkin itu sahaja berita untuk hari ini dan sekali lagi selamat hari raya aidiladha and selamat beramal...daging lembu jgan lupa hulur sini secubit...hehe

25/10/2012

OMG

Setelah dihitung-hitung....setelah dikira-kira menggunakan kalkulator saintifik...hari ini genaplah 5 hari aku menghabiskan masa study week dengan seronoknya tanpa memegang seulas nota mahupun sebijik buku nota...OMG
apa nak jadi dengan aku ni...tahap kemalasan aku semakin membuak-buak sehingga tidak dapat dikawal dengan baik....exam is around da corner lot...pe aku nak jawab lam kertas xzem nanti xtau la...Aku redha > *dush....pelempang sebijik< redha la sangat...
usaha xdop starang...mengom...

I didn't mean study is stupid thingz okai...hehe

23/10/2012

Nak Minum SDII gak...

Jeles tengok kawan-kawan semua dah kurus...saya pown nak kurus gak...tapi cane?
depa habaq depa minum SD2...aku pown nak minum gak benda Allah tu...tapi keadaan <mani> xmengizinkan...nak minum benda tuu kena ada pitis yang bbanyak....aku xdop pitis mas nak beli...duit kel-ling ada la posen dua...tu mana cukup boh...nak keno kerijo kuat kalu staro nim...kalu kijo bilo maso plok nak beli..dop dang r nak kurus kalu gitu..berak dok maley...xpo la nop wat gano kedio memang bukan rejeki aku minum SD2...tunggu kijo  sgoti dulu la..kalu xdop kijo gak memang kijoan mimpi jah la kan?
lamo-lamo jadi awan nano~~~
erm...berat nanang....


22/10/2012

Raya Haji

Erm.....
tahun ni saya sekali lagi beraya haji di Kedah Darulaman...


Umah sape?

Entah la umah cina mana kami sewa...da la bersebelahan umah kami xde orang melayu...jadi xperlulah saya beli baju lawa-lawa n kasut lawa-lawa sbb mmg sy dok umah ni jer...


Sedih?

Xsedih pown...sbb raya haji xde la terasa sangat sbb xmelalui bulan puasa kan....
nak wat cane mmg raya ngan exam begitu rapat sehingga hampir berselisih faham....hehe
Dengan penuh keawalannya saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA...



Makan daging tu ingat-ingat ler sikit...awop-awop tu darah tinggi...huihuohui...>
di sini saya sertakan gambar sbg pengganti diri...kikikih...

20/10/2012

Amboi, banyak cantik muka kau!!!

 Ayat seruan di atas ditujukan khas buat adik aku yang sedang berada di rumah denga seronoknya...
ayat tersebut dikeluarkan kerana aku telah menerima satu sms yang tidak asing lagi daripadanya yang hanya meminta aku membelikan sesuatu untuknya....belum sempat barang yang dipesan sebelum ni sampai ke tangan dia, dengan penuh rasa bangga dia menghantar sms meminta barang yang lain...
huh!!

 ape dia ingat aku ni tokey ke?banyak beno duit aku nak beli barang-barang yang dimintak tu...bukan calang-calang barang beb....gelang kaki emas~~
mana aku nak korek duit tuk beli semua tu...aku nak beli baju berharga RM23.90 pown xmampu...
apatah lagi nak membeli emas kat beliau...sungguh menyeramkan permintaannya itu...dan sekompem-kompemnya aku xkan belikan untuk beliau selagi aku bergelar student...
kecuali jika diberikan rezeki oleh ALLAH secara bertimpa-timpa...InsyaALLAH aku beli....ehehehe





19/10/2012

Lembut sangat ke aku?

haha...
title yang sangat mengoyakan onkeh!!!
ak bukan sengaja mengeluarkan ayat begitu~~~
ayat tu dikeluarkan berikutan kerana aku sekali lagi diberitahu mengenai perkara itu....kehkehkeh
bukan sekali ada manusia kata begitu....tetapi berkali-kali...hehe
"kembang idom aku"
lembut 2 bnyak maksud k....
stakat yang aku diberitahu aku lembut dalam percakapan...
tapi setahu aku, aku xde la lembut bebeno... >manja mungkin< kekekeh...
tapi aku bukan la anak manja....aku boleh berdikari.... >erk?<

eeeeeeeeee...
sebenarnya aku xnak la dikatakan lembut....t ramai la pijak kepala aku...
mungkin sbb aku terlalu lembut, ramai adik-adik suka pijak kepala aku...
tapi tahukah dyorang bahawa aku mempunyai hati yang keras...
xsemestinya aku cakap lembut dyorang bleh buat aku sesuka ati kan?

kesimpulannya aku kena blajar untuk cakap secara keras..
barulah ada orang takut kat aku...
buat masa skarang aku jadi la seperti smeut dulu....k

17/10/2012

Susahnya xde kenderaan

Setiap kali pon benda ni menjadi masalah yang besar pada aku yang tidak mempunyai kenderaan...
Dan setiap kali tu jugak la aku tidak akan dapat mengawal perasaan aku untuk mensyukuri nikmat pemberian ALLAH yang lebih besar dari ni...

kalut sungguh memikirkan soal kenderaan setiap sem...n setiap kali berpraktikum mahupun ada apa-apa aktiviti selain waktu kuliah...aku akan kesedihan memikirkan hal ini...wtf?


ni ke maksud awk?..........lori sampah?

bukan kenderaan ni yang aku maksudkan...walaupun lori sampah ni mahal harganya tapi aku bukan menginginkan benda ni....aku nak motosikal atau kereta jer....bukan nak p angkut sampah pown...cuma nak bawak aku sorang jer...

argggghhhh...malas nak pk..
blah dulu beb!~!!!~

16/10/2012

Aku nak keja

terasa sangat lama aku berada di bangku sekolah dan bangku maktab ni....
tengok kengkawan semua dah keja...
tengok depa-depa semua dah boleh pegang duit sendiri
tengok depa-depa semua da kawin....

Aku tetiba rasa xsesabar nak keja...
bukan nak sangat menghadapi dunia pekerjaan tapi itulah hakikatnya yang perlu dilalui untuk memegang duit hasil titik peluh sendiri...
bila dah ada duit sendiri boleh la kita beli apa yang kita mahu tanpa halangan dari mana-mana pihak berwajib mahupun tidak...huahuahua....

memang....
senang cakap pasal keja...
tapi bila dah berhadapan ngan semua tu barulah tahu pahit getirnya untuk mendapatkan sesuap nasi bungkus mahupun nasi xbungkus....hehe
 xkesah la semua tu...yang penting aku boleh beli apa yang aku nak...aku boleh pergi ke mana sahaja yang aku nak...boleh la bawak ma n abah aku ke Mekah arn??
InsyaAllah...

YA ALLAH...PERMUDAHKANLAH PERJALANAN IDUP AKU...
ALLAHUMMA YASIR WALA TU'ASIR...


T kita p sini noh...

Jelesnya gua

JELES?
i means jealous iaitu cemburu....

Aku bermonolog sendirian :-

"aiyhh...nak cemburu amenda plak malam-malam buta ni???"

"aku sebenarnya hanya cemburu melihat awek-awek mahupun mamat-mamat skarang ni yang guna tepon touch screen..."

"OMG thats means i dun ave a touch screen phone???"

"yeah, i dun ave it...thats why i'm very-very jealous...u know!!"

"kan aku baru beli phone baru!!ape nak jelesnye???"

"yes!!!but it's not a touch screen phone!!! walaupun harganya lebih mahal dari touch screen phone...."

"why u did't buy that phone on that day??"

"i ingat phone touch camtu mudah rosak...lagipown i xpandai sangat nak touch-touch ni"

"stupid la u ni...xpandai bleh blajar derrr!!!rosak bleh baiki...harga sama je pown ngan phone u skarang"

"maybe next year i should buy it...i phone....ur phone....or my phone..."

"whateva...no money no talk derrr"


pink is better than black....coming soon

 

15/10/2012

Yes!!! i'm okay

Setelah sekian lama aku asyik bermoody n bertension-tensionan....hari ni aku da rasa lega sikit...
no more tension....no more war...
just peace


ehehe....
sebenarnya bila kita rasa marah kat orang lain...kita perlu bertenang dan berfikir kembali...


awat ler aku kena tension-tension sebab depa...no need...
depa xtension pown...wat serabut kepala kita jer pk pasai depa...depa bukan glamour pown...
oleh itu kita akn tennag n rasa lebih bertenaga untuk sennyum...kekekeh...

14/10/2012

Owwch letih boh

Arini aku bertolak pulang dari cameron ke jitra...
>sekejapnya rasa bercuti walaupon da ponteng kelas shari< xcukup la cuti sekejap neyh...

tapi bukan itu yang nak diceritakan pada hari ni...hari ni aku nak bercerita kenapa yang penat sangat aku arini...sebonarnya seperti yang korang semua dah sedia maklum...mana ada bas dari cameron terus ke jitra kan??? oleh itu, dengan penuh kesabaran dan usaha gigih aku telah ambik tiket cameron ke ipoh kui 11 pagi...


sesampai sahaja aku di stesen bus ipoh kui 1 tu...


aku turun bus dengan penuh kebanggaan lalu ke kaunter untuk bertanyakan tiket balik ke jitra...

aku               : akak, tiket ke jitra arini ada x?
kak kaunter : adik kena pegi medan gopeng untuk p jitra...
aku :            : ah???ok...

sakitnya ati aku mendengarkan ayat kakak tersebut...aku mana la nak taw kena bhenti kat sana tadi...dah terlepas la stesen tu upanya..kena patah balik...kolot tul ipoh ni... ingatkan ada jer bus dari situ...tapi dengan penuh kekecewaan aku gagahkan diri menunggu bus ke medan gopeng semula...seb baik la tak lama...setelah tiba d medan gopeng, aku pown p la tnya tiket jitra....owchhhh sekali lagi aku kecewa...xderkk tiket sekarang....ada kul 7 petang....kul 7 wat menda..sampai jitra kul brapa??aku pown ambik la tiket p Butterworth kul 2.00....>nak cepat punya pasal> yang lebih menyakitkan hati aku apabila bus yang dikatakan pukul 2 bergerak pada pukul 2.30....kui brapa la sampai jitra agaknya...



xberapa nak tepat kul 4.15 ptg sampai la sy kat butterworth....dan terus sy ke menuju ke kaunter untuk brtnya tiket ke jitra kui 4.30....sblum sempat sampai ke kaunter saya telah disekat oleh seornag pakcik lalu ditnya :

nak kemana dik?

aku dengan senyuman yang xberapa ikhlas menjawab :

aku          :   Jitra....
pakcik     :  beli kat sini dik....kul 4.30 japgi bus gerak
aku          : kaunter mana ni pakcik?t kena tipu xpasal-pasal sy
pakcik    : xde kaunter dik. tp bus ni jalan kul 4.30.lau beli kat kaunter kul 7 baru ada bus
aku         : k la pakcik....t bus dtg sy beli tiket ngan pakcik yer...

jahat x aku?
betul la kan??aku sebagai pengguna mesti la takut ditipu oleh mereka-mereka....mcm pelik xde kaunter....haha...tp pakcik 2 mmg xtipu...kul 4.30 bus dtg..n aku rasa bus tu bergerak secara haram..that's why la kami kena gerak naik jauh sikit dari stesen...owhhh wateva...y penting sampai


setelah dua jam lebih bergerak...akhirnya sampai la aku ke tempat yang dituju....Jitra.....hehe
dalam kui 7 gak la aku sampai...penat dowh...setelah dikira-kira...berapa bijik bus yang aku naik hari ni??? ce teka....


13/10/2012

14 Oktober 2012

Hari ni bahagia sangat...tau dak???
i dok ngan kawan baik i neyh...
kat cameron highlands
i da lama xjumpa dia
rindu sesangat sbb da lama xjumpa beliau
al maklum sajer la beliau kan dan kawen
xbaik kacau orang yang da kawen kan??
hari ni dia xjumpa husband dy n xbalik kampung semata-mata nak teman i jalan-jalan kat sini...sweet kan dia??hehe
kami jalan-jalan dalam ujan plak tu...lagi la sweet kan?
dah terketar-ketar aku masa tu tapi digagahkan jugak...
bawak motor dari tanah rata ke brincang dalam keadaan hujan renyai-renyai...owh sungguh romantikusnyer...
p cactus valley sambil makan bersuap-suapan... :) menyeronokkan....menarik....
bergambar bersama seperti sepasang kapel...cheewwaaahh...
orang tengok pown jeles derrr...

MISS MY FRIENDZ..

12/10/2012

Cameron Highlands jom

Hye my dear pwendz.....
arini tepat pukul 10.30 pagi tadi, beta dengan bangganya bertolak daripada Jitra ke Ipoh bagi tujuan menenangkan diri dan melarikan diri dari masalah dunia yang xserik-serik menimpa...dengan berbekalkan sebijik handbag aku tergopoh-gapah menaiki bus dan menidurkan diri sebelum sampai ke tempat kejadian....apabila aku sampai di stesen Bus Ipoh atau dengan nama klasiknya stesen bus medan Gopeng...aku terhegeh-hegeh ke kaunter tiket bagi mencari tiket ke cameron...dengan berbekalkan beberapa keping wang kertas aku pown berjaya membeli sekeping kertas yang bernilai 15 ringgit malaysia...
mahal toi kertas tu noyh...
xpe la...yang penting dapat jumpa my bff....
lepaking ngan dy seharian xkan puas beb.....
pertemuan tu xkan dapat ditukarkan dengan intan permata...sangat bernailai dan berharga buat aku...
akhirnya setelah seharian aku naik turun bus.... 
tepat jam 8 malam sampailah aku 
di Apartmen puncak Arabella, tanah rata
cameron highlands 
tempat tinggal kawan aku itu...
Omg lamanya xjumpa dia...makin bulat dowh...
sama la ngan aku pown...
berat xpenah turun....asyik naik jer...
mau xjadi doraemon

   

ALLAH MAHA ESA

 
TELAH ADA ALLAH  DAN TIADA SESUATU BESERTA-NYA. DAN, DIA KINI ADALAH TETAP SEBAGAIMANA ADANYA.

 
Pada martabat zat, segala sifat, nama dan semua kewujudan lenyap di dalamnya, tidak boleh disaksi dan ditakbir lagi. Selagi boleh disaksi dan ditakbir ia masih lagi sifat bukan zat. Apabila sampai kepada perbatasan: “Lemah mengadakan pendapat tentang zat Ilahiat”, seseorang tidak ada pilihan melainkan mengakui wujudnya zat Wajibul Wujud (Wajib Wujud) kerana jika tidak wujud zat nescaya tidak ada sifat dan tidak ada kejadian atau perbuatan. Seorang bukan ahli kasyaf bermakrifat dengan akalnya dan beriman kepada zat Wajibul Wujud setelah terjadi kebuntuan  akalnya mengenai hal ketuhanan pada suasana yang diistilahkan sebagai Wahadiyyah atau suasana pentadbiran Ilahi yang juga dipanggil Rububiah. Akal menyaksikan Rububiah atau hal ketuhanan yang menggerakkan sekalian makhluk. Peringkat kesudahan pencapaian akal dan ilmu makhluk dinamakan Hijab al-‘Izzati atau benteng keteguhan. Ilmu sekalian orang alim dan arif terhenti di sini. Zat Allah s.w.t tidak diketahui oleh makhluk kerana Dia tidak termasuk di dalam sempadan maklumat, pendapat dan kenyataan. Allah berfirman :

Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diri-Nya (menyeksa kamu). ( Ayat 30 : Surah a-li ‘Imran )



Rasulullah s.a.w bersabda:

Semua kamu (yang berfikir) tentang Zat Allah adalah orang dungu.
 
 
Percubaan akal untuk menembusi Hijab Keteguhan adalah sia-sia. Jika dipaksa juga tidak ada yang ditemui melainkan kemungkinan menjadi gila.
 Begitulah makrifat Allah s.w.t melalui akal. Makrifat dengan akal menjadi asas kepada makrifat melalui zauk atau pandangaan mata hati. Ahli Allah s.w.t meningkatkan imannya dengan membenamkan dirinya ke dalam ibadat dengan bersungguh-sungguh. Mereka berpuasa pada siang hari dan bersembahyang pada malam hari. Ada antara mereka yang bersembahyang lebih 500 rakaat sehari, khatam membaca al-Quran tiap-tiap hari dan berpuasa sepanjang tahun. Sekiranya Allah s.w.t izinkan, mereka akan mengalami hakikat wujud Zat Allah s.w.t yang sukar untuk dihuraikan.
 
 Pengalaman makrifat menurut akal berhenti pada kenyataan: “Semata-mata zat, yang maujud hanya Wajibul Wujud”. Pengalaman makrifat secara zauk pula berakhir pada: “Zat yang kosong dari makhluk, yang maujud hanya Allah s.w.t. Telah ada Allah s.w.t dan tiada sesuatu beserta-Nya. Dia kini adalah tetap sebagaimana dahulunya ”.
 Ungkapan ini bukan untuk dibahaskan atau dihuraikan dengan terperinci kerana ia telah melepasi sempadan ilmu. Ia adalah pengalaman rohani, dinamakan penyaksian hakiki mata hati, tatkala  hilang rasa wujud diri dan sekalian yang maujud, hanya Wujud Allah s.w.t yang nyata, semata-mata Allah s.w.t dan segala-galanya Allah s.w.t. Keadaan ini dicapai setelah melepasi makam-makam ilmu, amal, berserah diri, reda, ikhlas, lalu masuk ke dalam makam tauhid yang hakiki dan pengalaman tauhid yang hakiki itulah yang dinyatakan oleh Hikmat 46 di atas.
 
Telah ada Allah s.w.t dan tiada sesuatu beserta-Nya.
Allah s.w.t kini adalah Allah s.w.t yang dahulu juga.
 
Pengalaman rohani adalah aneh menurut kacamata akal. Ia adalah satu keadaan terlepasnya ikatan  kesedaran terhadap diri sendiri dan dikuasai oleh kesedaran yang lain. Jika mahu memahami akan kesedaran-kesedaran yang mempengaruhi kesedaran manusiawi itu terlebih dahulu perlulah difahami tentang kejadian manusia itu. Manusia yang bertubuh badan boleh diistilahkan sebagai alam jasad. Alam jasad mendiami alam dunia. Hubungan yang rapat antara alam jasad dengan alam dunia menyebabkan pengaruh alam dunia kepada alam jasad sangat kuat. Alam jasad menerima pengaruh alam dunia dan menganggapnya sebagai kesedaran dirinya sendiri. Ia tidak dapat lagi membezakan antara kesedaran jasad yang asli dengan kesedaran duniawi yang menguasainya.
 Alam dunia pula berada di dalam Alam Malakut (alam malaikat). Alam Malakut menguasai alam dunia dan alam jasad. Tenaga malaikat-malaikat menjadi tenaga kepada dunia dan jasad yang menyebabkan dunia dan jasad boleh bergerak. Sistem yang berjalan rapi di dunia dan jasad adalah disebabkan oleh tenaga malaikat yang bekerja dengan tepat mengawalnya. Sedutan udara, kerlipan mata, peredaran darah, pertumbuhan rambut dan kuku, pergerakan otot dan semuanya adalah hasil daripada tindakan malaikat walaupun manusia tidak menyedarinya. Perjalanan matahari, penurunan hujan, tiupan angin dan semua aktiviti benda-benda dunia terhasil daripada tindakan malaikat-malaikat. Perkaitan antara jasad, dunia dan malakut adalah umpama sebatang pokok kelapa di atas sebuah pulau di dalam laut. Pokok kelapa tidak terpisah dari pulau dan tidak terpisah dari laut. Air laut meresap ke dalam tanah pulau dan air yang sama juga meresap ke dalam akar, batang, daun dan seluruh pokok kelapa. Pokok kelapa memperolehi tenaga pertumbuhan dari air laut yang meresap ke dalamnya. Begitulah ibaratnya tenaga malaikat yang menjadi sistem aktiviti manusia.
 
 Alam Malakut dengan segala isinya termasuklah dunia dan jasad berada di dalam Alam Jabarut. Jabarut bukanlah alam seperti yang difahamkan. Jabarut bermakna sifat Allah s.w.t. Ini bermakna malakut, dunia dan jasad adalah kesan daripada keupayaan sifat atau dikatakan juga perbuatan yang dihasilkan oleh sifat. Jabarut pula dikuasai oleh Lahut iaitu Zat Ilahiat. Malakut, dunia dan jasad diistilahkan sebagai sekalian alam, merupakan perbuatan yang dikuasai oleh sifat dan sifat pula dikuasai oleh zat. Ini bermakna tidak putus perkaitan di antara Lahut kepada Jabarut kepada malakut kepada dunia dan kepada jasad.
 
 Jika dilihat kepada lapisan yang paling luar akan kelihatanlah pergerakan benda-benda. Jika direnungkan kepada lapisan yang lebih mendalam sedikit kelihatanlah pula pergerakan benda-benda dihasilkan oleh tenaga malaikat. Jika dilihat kepada lapisan yang lebih mendalam akan kelihatan pula pergerakan benda-benda dan tenaga malaikat merupakan perbuatan Tuhan. Jika dilihat kepada lapisan yang lebih dalam akan kelihatan pula sekalian perbuatan Tuhan itu adalah kesan daripada keupayaan sifat Allah s.w.t. Jika dilihat kepada lapisan yang paling dalam akan kelihatanlah bahawa sekalian alam yang muncul kerana perbuatan Tuhan, perbuatan pula lahir daripada keupayaan sifat Tuhan dan sifat pula bersumberkan zat Ilahiat. Jika dilihat semuanya tanpa terdinding antara satu dengan yang lain maka kelihatanlah bahawa zat Ilahiat menguasai segala sesuatu.
 Apabila semuanya sudah sempurna kedudukannya maka Allah s.w.t mengwujudkan sesuatu yang sangat istimewa. Ia adalah roh manusia. Roh manusia adalah sesuatu yang dari Allah s.w.t, tiupan Roh Allah s.w.t, berkait dengan Zat Allah s.w.t, tidak boleh dinisbahkan kepada apa sahaja melainkan kepada Allah s.w.t, tetapi ia bukanlah Allah s.w.t kerana “Tiada sesuatu yang menyamai-Nya”. Roh manusia yang dinisbahkan kepada Allah s.w.t inilah yang paling mulia:

Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya (Adam), serta Aku tiupkan padanya roh dari (ciptaan)-Ku maka hendaklah kamu sujud kepadanya. ( Ayat 72 : Surah Saad )
 
 
Kemuliaan roh manusia yang Allah tiupkan dari Roh-Nya menyebabkan malaikat-malaikat kena sujud kepada Adam. Roh pada martabat ini adalah urusan Allah s.w.t:

Katakanlah: “Roh itu dari perkara urusan Tuhanku”. ( Ayat 85 : al-Israa’ )
 
 
Bagaimana atau apakah perkaitan roh dengan Allah s.w.t? Perkaitannya adalah Rahsia Allah s.w.t yang manusia tidak diberi pengetahuan mengenainya kecuali sedikit sahaja. Roh pada martabat Rahsia Allah s.w.t inilah yang sudah mengenal Allah s.w.t dan menyaksikan bahawa:
Sesungguhnya Allah Maha Esa. Tiada sesuatu beserta-Nya.
Roh yang berkait dengan Allah s.w.t menghadap kepada Allah s.w.t dan dikuasai oleh kesedaran yang hakiki atau penglihatan rohani yang hakiki atau kesedaran tauhid yang hakiki.
 
Roh urusan Allah s.w.t itu kemudiannya berkait pula dengan perbuatan Allah s.w.t iaitu alam. Unsur alam yang menerima perkaitan dengan roh urusan Allah s.w.t itu dinamakan roh juga. Roh jenis kedua ini menghuni alam seperti makhluk Tuhan yang lain juga. Tempat roh tersebut ialah Alam Arwah {alam roh}. Roh yang mendiami Alam Arwah ini kemudiannya berkait pula dengan jasad. Jasad yang berkait dengan roh menjadi hidup dan dipanggil manusia. Perjalanan dari atas ke bawah ini dinamakan:

Kami datang dari Allah s.w.t.
 
 
Oleh sebab manusia datang dari Allah s.w.t mereka berkewajipan pula kembali kepada Allah s.w.t.

Kepada Allah s.w.t kami kembali.
 
Perjalanan kembali kepada Allah s.w.t hendaklah dilakukan ketika jasad masih lagi diterangi oleh roh iaitu ketika kita masih hidup di dalam dunia. Apabila roh sudah putus hubungannya dengan jasad, tidak ada lagi peluang untuk kembali kepada Allah s.w.t. Sesiapa yang buta (hati) di dunia akan buta juga di akhirat, malah lebih buruk lagi. Hamba Allah s.w.t yang menyedari kewajipannya akan berusaha bersungguh-sungguh untuk kembali kepada Allah s.w.t ketika kesempatan masih ada. Syariat diturunkan supaya manusia tahu jalan kembalinya. Orang yang berjuang untuk kembali kepada asalnya melepaskan kesedaran alam bawah yang menguasainya. Dia masuk kepada kesedaran malaikat. Kemudian dia keluar dari kesedaran malaikat dan masuk kepada kesedaran roh yang murni dan seterusnya masuk kepada kesedaran roh yang menjadi Rahsia Allah s.w.t dan kembali menyaksikan Yang Hakiki sebagaimana telah disaksikannya sebelum berkait dengan jasad dahulu. Keluarlah ucapannya:

Telah ada Allah s.w.t (sebagaimana ia menyaksikan sebelum berkait dengan jasad) dan tiada sesuatu yang menyertai-Nya (sebagaimana disaksikannya dahulu). Dan Dia kini (sedang disaksikannya semula) sama seperti ada-Nya (seperti yang disaksikannya dahulu).
 
 
Keadaannya adalah seperti orang yang melihat kepada sesuatu, kemudian dia memejamkan matanya seketika. Bila dia membuka matanya  semula dia melihat sesuatu yang sama berada dihadapannya. Tahulah dia bahawa pengalaman semasa memejam mata itu sebenarnya gelap, majazi atau khayalan. Dia kembali melihat yang benar setelah matanya terbuka. Jadi, seseorang hanya boleh melihat Yang Hakiki setelah kembali kepada keasliannya iaitu dia kembali melihat dengan penyaksian hakiki mata hati.
Hikmat 46 di atas walaupun pendek tetapi  menggambarkan perjalanan datang dan pergi yang sangat jauh, bermula dari Allah s.w.t, sampai kepada dunia dan jasad, kemudian kembali semula kepada Allah s.w.t.
 
Perjalanan yang telah diceritakan di atas adalah pengalaman rohani bukan perpindahan jasad dari satu tempat kepada tempat yang lain. Orang yang sedang mengalami hal yang demikian masih berada di bumi, masih bersifat sebagai manusia, bukan ghaib daripada pandangan orang lain. Hanya perhatian dan kesedarannya terhadap yang selain Allah s.w.t ghaib dari alam perasaan hatinya. Pengalaman rohani tersebut memberinya kefahaman dan pengenalan tentang Tuhan. Makrifatullah melalui pengalaman rohani jauh lebih kuat kesannya kepada hati daripada makrifatullah melalui pandangan akal. Akal yang mengenali Allah s.w.t bersifat Maha Melihat dan Mendengar melahirkan kewaspadaan pada tindakan dan tingkah-laku. Makrifat tentang Allah Maha Melihat dan Mendengar yang dialami secara kerohanian menyebabkan gementar dan kecut hati sehingga ketara pada tubuh badan seperti pucat mukanya dan menggigil tubuhnya.
 
Pengalaman kerohanian tentang Allah Maha Esa menanamkan pengertian pada hati mengenai keesaan Allah s.w.t. Pengertian yang lahir secara demikian menjadi keyakinan yang teguh, tidak boleh dibahas atau ditakwilkan lagi.

11/10/2012

Memaafkan...

macam biasa....
kisah ni adalah kisah yang bersambung daripada yang bersambung itu....hehe
hari ni aku bagun dengan hati yang riang dan jiwa yang lesu...
fizikal yang malas...
hoholicks..



 ini adalah berkaitan dengan kekejaman makhluk sekeliling aku...
semalam sebelum aku menidurkan diri aku yang sangt kuat tido ini, aku telah berdoa kepada ALLAH SWT supaya dia melembutkan hati aku yang keras bak batu ni...
selain itu, sebelum tido semalam aku juga telah membuat keputusan untuk memaafkan segala salah dan silap makhluk-makhluk ALLAH tersebut terhadap aku...
setelah tido dengan lenanya.....
Alhamdulillah hari ini aku berasa lebih tenang dan keadaan otak aku tidak lagi sekusut sebelum ini...
hati aku pula terasa lebih lembut walaupun tidak selembut sutera...


Aku dapat mengenepikan peristiwa kebakaran hati itu walaupun baranya masih kukuh d hati aku...
InsyaAllah lepas ni semua bara akan hilang dan dapat digantikan dengan hati yang lebih lembut dan sabar...

Akhir sekali, aku berharap agar Allah mempermudahkan jalan bagiku dalam apa jua keadaan...

ALLAHUMMALA YASIR WALA TU'ASIR...


10/10/2012

Tangisan dalam kesedihan...

Ya Allah
kenapa begini besar ujianMu terhadapku??
mampukah aku menghadapi semua ini???
Aku yakin padamu YA ALLAH
Sesungguhnya Engkau lebih mengetahui...
jika Engkau merasakan aku mampu menanggung semua dugaan ini..
Aku mohon padamu YA ALLAH...
Hulurkan aku sedikit kekuatan...
Berikan aku seorang teman yang boleh membantu meringankan beban yang aku tanggung ini...
walau hanya sekadar teman mendengar dan memberi nasihat...
Aku merasakan diri ini terlalu lemah...menanti masa untuk rebah...
Kembalikan kekuatanku YA ALLAH....
YA ALLAH aku juga mohon kepadamu agar Engkau jauhkanlah mereka-mereka yang mengganggu jalanku untuk menuju padaMU YA ALLAH...
bersihkanlah hatiku dari hasutan-hasutan syaitan yang jahanam itu YA ALLAH...
jauhkanlah aku dari mendengar bisikan syaitan durjana itu YA ALLAH...





Letihnya menghadapi semua ni

ASSALAMUALAIKUM......

Sahabat...
Oleh kerana belog ni umpama diari hidup aku...jadi aku bercerita semua perkara suka dan duka dalam belog busuk nie...saat-saat aku sedang bertarung dengan dugaan dan cabaran yang diberikan kepada aku...hampir setiap hari pada minggu ini aku terfikir-fikir...

salahkah aku?

kalau salah macam mana nak betulkan?
kenapa orang asyik mencari-cari kesalahan aku setiap kali...
apakah tidak pernah aku berkelakuan baik dan memenuhi citarasa mereka..aku sering berfikir benda yang tiada kesudahan ini...
jika betul itu salah aku, kenapa apabila orang lain yang membuat perkara yang sama seperti aku....mereka tidak dituduh...dikata...diejek salah??
apakah aku tidak sama dengan orang-orang itu???
kenapa mereka asyik nampak kesalahan aku???>adakah aku terlalu glamour??< namun begitu, aku terpaksa betulkan pemikiran serong ini kerana aku bukanlah artis yang glamour dan penuh dengan gosip-gosip hangat itu...
apa-apa pun yang terjadi aku mengkaji dari aspek islamnya...dimana aku telah terbaca satu coretan berguna buat aku untuk meneruskan perjuangan ini...dimana di dalam coretan tersebut menyatakan :-

Usahlah berusaha untuk memuaskan hati semua orang kerana takut2 kita akan merasa kecewa.
Teringat kata2 hikmah Imam Al-Syafie Rahimahullah "رضا الناس غاية لا تدرك"
(Usaha memuaskan hati manusia adalah suatu matlamat yang tidak mungkin tercapai).
Sebab itulah sebagai orang Islam yg paling utama bukan Redha Manusia yg dicari tapi hanyalah semata2 Redha Allah yg seharusnya menjadi matlamat mutlak.


Hadis Sahih Riwayat al-Albani menjelaskan:
مَنْ الْتَمَسَ رِضَا اللَّهِ بِسَخَطِ النَّاسِ كَفَاهُ اللَّهُ مُؤْنَةَ النَّاسِ، وَمَنْ الْتَمَسَ رِضَا النَّاسِ بِسَخَطِ اللَّهِ وَكَلَهُ اللَّهُ إِلَى النَّاسِ
"Barangsiapa yang menuntut Redha Allah walaupun di atas ketidakpuasan hati manusia, cukuplah baginya untuk Allah memenuhi keperluan manusia. Dan Barangsiapa yang menuntut Redha manusia diatas kemurkaan Allah, nescaya Allah akan lepaskan (urusan dan keperluannya) pada manusia (bermakna Allah tidak Akan membantunya).


akanku pegang erat kata-kata azimat ini agar aku tidak kecewa dengan kekasaran dan kejahatan manusia di dunia pinjaman Allah ini...InsyaALLAH



Masalah dunia

awk....
harini saya rasa berat sangat kepala...
berat sangat-sangat...
sebab saya seperti menanggung satu masalah yang besar...>memang pown<
masalah saya sebesar badan saya...
besar sangat-sangat....
tp tu semua masalah kat dunia jer...
ujian dari ALLAH semata-mata....nak tengok tahap kesabaran saya...
kan?kan?

awk...
awk tolong la doakan saya supaya saya bleh lupakan masalah dunia ni...
saya harap masalah dunia ni xkan sampai mengganggu amalan akhirat saya...

09/10/2012

sungguh...tak kusangka

Hhaaa?
betul ke apa yang aku dengar ni???
apa dah berlaku sebenarnya?
sungguh ke?
apa sebbenarnya ni>?
apa ko citer ni??
ko jangan memandai-mandai der>>>>
jangan buat crita....
jangan tipu aku....
tolong la terus-terang.....


yup....semua ayat-ayat diatas bermain di benak fikiran aku...
eh!!!benak ke aku?

ok...xyah guna perkataan benak..."kotak fikiran is more suitable" kan??
aku sebenarnya tidak pernah menyanyakakan orang yang berperwatakan baik...menutup aurat dan bergaya islamik itu sanggup melalukan perkara seddemikian...pada pertama kali aku mendengar cerita howt ini, aku bagaikan hilang kewarasan buat seketika...namun aku gagahkan hati aku untuk meneruskan gosip-gosip hangat yang xdijual di pasaran ni...

dulu aku pernah memujanya...
kelembutannya...keanggunannya...kentutnya...aipp?kentut?
yer betul....KENTUT

tapi sekarang semua tu dah xberguna lagi...dia bukan seperti yang kami sangkakan...malah dia lebih rakus daripada itu...benarkah penggunaan kata aku tu?? arghhh...lantak p la...da memang dia macam tu...xpayah la ko nak berselindung di sebalik topeng koyak ko tu...aku dah nampak semuanya...


apa dia buat??sampai aku marah giler-giler coww nih??ehehe...

ntah....ko nak tau ko tanya la sendiri~~~ 
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

make ur own gifts here