terlebih dahulu izinkan saya mengucapkan salam Aidiladha buat semua umat islam tidak kira di mana anda berada....di hari raya ini, tepat pukul 11.48 pagi...saya berada di atas tilam yang empuk lagi enak dengan memakai pakaian biasa >maksudnya bukan baju raya< dengan bertemankan tahik mata serta air liur basi, bagi menaip entry ini...
hari ini merupakan hari raya pertama untuk pengetahuan tuan-tuan dan puan-puan yang telah mengetahui mahupun tidak mengetahui...hari ni semua orang sibuk menunaikan ibadah korban...tapi apakah erti pengorbanan bagi saya? sedangkan hari ni saya semayang raya pown x....
ini merupakan tahun kedua saya menyambut aidiladha tanpa keluarga di sisi....kalau kebiasaanya, bila beraya di kampung kat kelantan..saya akan melakukan satu pengorbanan yang besar di mana saya akan memakan pelbagai juadah seperti nasik kerabu,laksa penang, laksa lemak,dan segalo mok niko juadah yang dihidangkan oleh mereka-mereka untuk santapan saya.. tapi bila berada di sini, pengorbanan itu tidak dapat dilakukan dan erti pengorbanan bila berada di sini telah berubah berikutan kerana tiada kedai-kedai makan yang buka melainkan restoran fast food seperti kepsi dan pija sahaja yang buka...
namun begitu saya tetap akan melakukan pengorbanan di kepsi pada tahun ini : sama seperti tahun lepas...apabila saya kelaparan petang nanti saya dengan bangganya akan ke restoran kepsi bagi menghadap dua ketul ayam ditambah dengan coleslow dan serebo mok niko yang terdapat dalam set
Aidiladha tanpa KFC sungguh menyedihkan....erk? |
Mungkin itu sahaja berita untuk hari ini dan sekali lagi selamat hari raya aidiladha and selamat beramal...daging lembu jgan lupa hulur sini secubit...hehe
No comments:
Post a Comment