29/10/2012

LANTAK P LA

berbekalkan tajuk entry yang tidak seberapa di atas, aku dengan penuh kasih sayangnya mengumumkan bahawa akau telah berjaya menjalani satu ujian yang tidak asing lagi iaitu ujian akhir semester....dengan berbekalkan ilmu yang xberapa penuh di dada...aku memasuki dewan peperiksaan dengan terketar-ketar seperti orang yang berpenyakit parkinson....tidak cukup dengan getaran itu, aku juga telah menjumpai meja tempat duduk aku di hadapan sekali iaitu tidak berapa jauh daripada segerombolan pengawas yang menjaga dan mencari mangsa-mangsa yang meniru....OMG nampak gayanya hilang nawaitu aku untuk bertanya-tanya khabar orang sebelah lau xdapat nak jawab....


ni lorh gamaknya...parkinsomn...



ok...kita teruskan....
oleh kerana nawaitu aku untuk membuat komunikasi bukan lisan dengan orang sebelah terpaksa dibatalkan dengan serta merta...sedang aku berpikir-pikir gaya dan cara meniru yang sesuai...ak dikejutkan dengan dentuman yang kuat pada meja aku...dan tidak syak lagi...itulah bunyi kertas soalan dihamparkan di meja aku...dengan sepintas kilatnya aku membaca muka hadapan kertas soalan tersebut yang tercetak "JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU"...aku yang memahami arahan itu MEMBELEK secara perlahan-lahan agar TIDAK TERBUKA untuk mengetahui isi soalannya bagi memastikan dan meyakinkan diri aku bahawa apa yang aku baca itu ditanya di dalam kertas soalan tersebut....

Owhh, sungguh mengejutkan!!!
ternyata tiada....memori jangka pendek aku yang tadinya full mendelete folder-folder yang tidak berkenaan..dan mencari gali perkara-perkara yang telah aku pelajari berkaitan soalan yang diberi.... dannnn apabila ketua pengawas membuat pengumuman perayaan untuk menjawab soalan....aku dengan penuh tekun dan sabar mengatur dan menyusun ayat-ayat yang tidak berapa aku ingat dan menambahkan fakta-fakta tersebut dengan sedikit auta agar esei aku kelihatan panjang berjela-jela supaya tidak menampakkan kebodohan aku dalam beberapa segiempat.

setelah dua jam setengah aku bertungkus lumus mengisi rongga-rongga jawapan yang masih kosong, kertas soalan aku pown diragut oleh pengawas yang bertugas untuk meragut kertas ujian daripada kami...Oh my gucci....ak tertunduk dan terdiam beberapa saat sebelum dibenarkan keluar dari dewan dan pulang ke rumah dengan penuh hampagas....

xpe la...
ni semua mungkin berkat aku tido banyak sangat semalam...
ada 2 paper lagi untuk digomoli...semoga dipermudahkan~~~
Amin....


p/s : aku sebenarnya xde la ketagih @ pulun sangat meniru...cakap jer kencang...buatnya x beb!!!hehe


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

make ur own gifts here