10/11/2011

SYURGA DI BAWAH TAPAK KAKI IBU...

ASSALAMUALAIKUM...
Korunk penah dengar x ayat ni
"syurga di bawah tapak kaki ibu"
mesti pernah kan?
sy pown penah dengar gak..
da beratus-ratus kali kot dengar..
tapi...
ada gak sy intai-intai bawah tapak kaki ibu sy..
xpenah nampak pown syurga...
ok 
.
.
sekarang kita akan menjelajah...apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan ayat keramat tu...
..
.
.
Sebagai seorang anak, yang pernah dikandung oleh rahim ibu sendiri antara 7 hingga 9 bulan, ditatang sejak usia dini hinggalah menjejaki alam rumah tangga, ibu adalah segala-galanya. Kita harus memikirakan bahawa kerana sentuhan kasih sayang ibulah menyebabkan diri kita berada dalam keadaan sekarang. Kita telah berjaya melangkah ke alam dewasa dan pekerjaan dengan penuh bergaya, tetapi kenapakah kadangkala kita lupa kepada dia yang pernah melindungi keseluruhan kehidupan kita sebelum kita boleh berdikari? Bagaimanapun, sama ada ibu kita masih hidup atau sudah mati, kita masih boleh berbakti kepadanya. 
  • Taat dan patuh serta sentiasa mendapat restunya
  • Melakukan kebaikan kepada mereka
  • Mendekati atau sentiasa berdampingan dengan mereka
  • Sentiasa melafazkan kata-kata yang lembut dan sopan apabila bercakap dengan mereka
  • Memohon kebenaran (meminta izin) apabila ingin keluar rumah ataupun meninggalkannya walaupun untuk berjihad di jalan Allah
  • Membebaskan mereka dari beban hutang
  • Sentiasa menghormati nasab keluarga dan mengingatinya sebagai sesuatu yang boleh menyebabkan aib serta dicela
  • Mendoakan kebaikan bagi mereka
  • Memberikan bantuan atau meringankan masalah mereka
  • Membantu atau membiayai perjalanan mereka untuk menunaikan haji.
Dalam menghadapi suasana dan karenah orang tua, merupakan satu bentuk ibadat yang paling tinggi nilainya. Malah Rasulullah s.a.w pernah ditanya oleh Abdullah bin Abu Mas’ud: “Apakah amalan yang paling utama?” Jawab Rasullullah s.a.w: “Solat tepat pada waktunya.” Ditanyakan lagi oleh Abdullah Abu Mas’ud: “Selain daripada itu, apa lagi?” Jawab Rasulullah s.a.w: “Berbakti kepada kedua-dua orang tua.” Kemudian ditanya lagi: “Apa lagi?” Baginda menjawab: “Jihad di jalan Allah.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Berbakti kepada orang tua adalah lebih besar pahalanya daripada berjihad. Ini membawa maksud, Rasulullah s.a.w mengutamakan berbakti kepada ibu bapa adalah sebuah tanggungjawab yang besar, menurut satu hadis lain, Mu’awiyah bin Jahimah as-Sulami telah pergi menemui baginda dan bertanya” Sesungguhnya saya ingin  turut serta berperang bersama ya Rasullullah, dan kedatanganku ini adalah untuk mendapatkan petunjuk. Rasulullah s.a.w bertanya: “Apakah engkau masih mempunyai ibu? Jawab Mu’awiyah, Ya, saya masih mempunyai ibu.” Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: “Kalau begitu, pulanglah. Temanilah ia (berbakti kepadanya), kerana sesungguhnya syurga itu ada di bawah kakinya.” (Riwayat Nasa’i dan Thabrani)

Jelaslah selagi ibu kita masih hidup, kita wajib melayaninya dengan baik. Tidak boleh menyakitkan hatinya walaupun kadangkala kita pernah tergores hati kerana nasihat dan kata-katanya. Kita harus memahami bahawa dalam kesukaran hidup dan kegetiran tenaga, selama sembilan bulan dia sanggup menahannya. Dia tetap bersabar, malah sanggup mengorbankan kesenangan diri semata-mata untuk membesarkan kita. Kerana dialah, kita boleh mencapai kedudukan sekarang, kerana perlindungannya maka kita tampak sihat dan sentiasa terkawal dari pelbagai bentuk ancaman. Dia sanggup mengorbankan nyawanya sendiri, demi membolehkan kita membesar dan hidup berdikari sebagai seorang manusia yang normal.

OOOOO...
tu la dia maksud SYURGA DI BAWAH TAPAK KAKI IBU..


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

make ur own gifts here