16/11/2011

INFO RESDUNG

Assalamualaikum kawan-kawan...
Korang pernah tak bersin sampai tahap GABAN?

Kebanyakan orang yang bersin tahap GABAN  tu diorang sebenarnya ada penyakit...
iaitu penyakit resdung....
sebenarnya saya pown bleh dikatakan ada penyakit ni..
ni xde la pnyakit sangat pown...
tp lebih kepada elergic or something like datz la...
korang mesti penah dengar kan perkataan ni??
k la jom kita soroti dengan lebih lanjut apa itu resdung...

Resdung?? resdung?? apekebenda tu??
Resdung (sinusitis) adalah radang pada lapisan rongga hidung yang memiliki
beberapa jenis iaitu frontal, ethmoid, maxillary dan sphenoif. untuk memudahkan pemahaman kawan-kawan aku translate la maksud ni...
"resdung tu sebenarnya sejenis kesakitan pada hidung akibat sejenis benda alah yang menakutkan" >saksikan sekojap lagi<

Anda tahu tak apa punca resdung ni?


1) Jangkitan Kuman seperti bakteria dan virus yang berulang kali pada rongga hidung yang kerap menyebabkan seseorang mendapat demam dan selesema. Malah ketumbuhan dari dalam hidung seperti "polyps" dan kanser turut dikaitkan dengan penyakit resdung
2) Struktur hidung yang tidak normal, yang mungkin diakibatkan oleh tulang hidung retak atau patah ketika kemalangan boleh menyebabkan seseorang mendapat penyakit resdung. Bagi sesetengah orang yang mempunyai struktur tulang hidung yang " senget " tidak lurus (deviated nasal septum), risiko untuk mendapat resdung adalah tinggi. 
3) Selain daripada itu, kerosakan atau sakit gigi di bahagian gusi atas boleh menyebabkan resdung. Kerosakan atau sakit gigi di bahagian gusi atas boleh menyebabkan resdung. Kuman atau bakteria yang berasal dari kerosakan atau sakit gigi boleh merebak dengan mudah ke rongga sinus dan menyebabkan resdung. Hal demikian kerana kedudukan gigi gusi atas amat berdekatan dengan rongga sinus. Rongga sinus yang terdapat di dalam tulang pipi (dikenali sebagai maxillary sinus) merupakan rongga yang paling kerap mendapat sinutisis akibat kerosakan gigi. 
4) Di samping itu kajian menunjukkan tabiat menyelam dan menyelam di air sungai atau kolam yang kotor serta laut yang tercemar turut menyumbang dan mengakibatkan penyakit ini. 
dan sekarang cuba anda tengok apakah yang akan berlaku jika RESDUNG ni tidak dirawat pada peringkat awal...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

make ur own gifts here