ASSALAMUALAIKUM......
Lama sudah tidak ketemu...huhu
mungkin dek kerana kesibukan diriku menghadapi kehidupan sebagai seorang guru praktikal...
hari ini aku timbul untung membincangkan soal kebencian...
AKU...
aku sebenarnya tidak layak untuk membenci sesiapa..
namun aku hanya manusia biasa..
perasaan aku sebagai seorang manusia normal tidak dapat ditolak mahupun dibuang...
mungkin keimanan dalam diri belum mencukupi untuk membina benteng untuk tidak membenci sesiapa...
oleh kerana aku telah membenci seseorang dengan sepenuh hati...
terasa seperti aku tidak sanggup lagi menatap mahupun melihat manusia tersebut...mahupun mendengar namanya...sampai begitu sekali perasaan benciku padanya...
setiap hari aku berdoa agar aku dapat memaafkan segala perbuatannya padaku...
namun setiap hari jugalah aku tidak dapat memaafkannya...
setiap malam sebelum tidur aku berniat untuk memaafkan segala salah silap mereka-mereka padaku...
tetapi apabila bangun dari tidur...
kemaafan itu ibarat hilang dibawa angin pagi...
YA ALLAH...
mengapa begitu keras hatiku??
kejamkah aku??
walaupun aku sentiasa bercakap dengannya seperti seorang yang karib namun dalam hatiku tiada erti semua itu...aku hipokrit!!!
akulah insan yang hipokrit itu...
sedangkan aku sendiri tidak menyukai manusia yang hipokrit tetapi AKU???
ARRRGGGHHH...
fikiran aku bercelaru...
apabila terbacakan tafsir AL-QURAN yang menyatakan ALLAH membenci manusia MUNAFIK...PENCACI...PENGEJI...
Terasa diri ini sangat berdosa...
haruskah aku membiarkan perasaan benci ini wujud di dalam hati kerasku???
aku tahu MEMBENCI adalah lebih sakit daripada DIBENCI...
Namun....
Manusia tetap manusia...
YA ALLAH...
PERMUDAHKANLAH...
Semoga aku dapat memaafkannya suatu hari nanti....
No comments:
Post a Comment