11/07/2012

Terjemahan surah Az-Zalzalah

Assalamualaikum sahabat...
Apa khabaq?
Ngah wat menda tu?
Okai...lau dah rasa free sangat tu...apa kata kita kaji terjemahan surah Az-Zalzalah ni sekejap...
Perhatikan dan hayati satu per satu maksud yang disampaikan di dalam surah ini...
Semoga boleh menjadi panduan kepada kita...

[1] Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya,

[2
] Serta bumi itu mengeluarkan segala isinya,

[3
] Dan berkatalah manusia (dengan perasaan gerun); “Apa yang sudah terjadi kepada bumi?”

[4
] Pada hari itu bumipun menceritakan khabar beritanya:

[5
] Bahawa Tuhanmu telah memerintahnya (berlaku demikian).

[6
] Pada hari itu manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing) – untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka.

[7
] Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!

[8
]Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!


Bagi sesiap yang belum mengetahui atau lupa....
Surah ni diturunkan di Madinah...

K la...SELAMAT BERAMAL...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

make ur own gifts here