26/11/2013

Come Back

ASSALAMUALAIKUM......

Setelah hampir sebulan menyepikan diri....Tora datang lagi dengan permainan barunya...Permainan yang masih belum diketahui....namun ianya diterima...

Walau kekesalan masih bertapak dalam diri mengenai perbuatan lampaunya..Aku tadahkan tangan untuk kesekian kalinya kehadiran yang entah untuk tujuan apa pada kali ini...hampir aku melupakan engkau kembali lagi....

Adakah aku bodoh?
Biarkan!!! Biarkan!!!  Biarkan!!!
Ku sambut tanganmu dengan sebesar-besar tapak tanganku...
Kerana kusangka kau sudah berubah.... we will c later on derr!!!
Peluang...peluang...peluang....

Hanya itu yang kamu mahu kan~~


20/11/2013

Home...Leave....Alone

ASSALAMUALAIKUM......

Today is my last day in this country... Kemas2 apa yang patut untuk meninggalkan bumi kedah untuk selamanya...Hampir 7tahun aku bertapak di bumi kedah...Pelbagai onak dan liku kulalui....Akhirnya, aku berjaya menghabiskan pelajaran aku disini...


XPE...BELUM SIAP LAGI...

PACKING

SIMPAN DAN SIMPAN LAGI
HUH....Akhirnya...
xkan ku lupakan....
Banyak pengajaran yang aku dapat selama berada di sini...bukan hanya pelajaran di dalam kelas tetapi juga pelajaran mengenai kemahiran hidup...atau lebih afdal disebut K.E.H.I.D.U.P.A.N.


Xkan aku lupakan semua kepahitan itu....Xkan aku lupakan kerana negeri ini banyak memberi kenangan pahit berbanding manis dan masam...ya....hanya pahit yang paling banyak...Nama insan-insan yang tersayang mahupun terbenci...tercinta mahupun tercintaik....semua tetap menjadi kenangan...selagi tidak timbul cecair peluntur yang dapat menghapuskan kenangan, ia tetap berada di dalam lingkaran otak aku atau dicelah-celah medula oblongata...

19/11/2013

KEM CELIK DUIT ( 15 - 19 NOVEMBER 2013)

ASSALAMUALAIKUM......

Arrrrggghhhh....sungguh malas nak mencelikkan mata bagi menghadiri kursus celik wang ni..semangat untuk pulang ke kampung halaman berkobar-kobar. Aku sudah tidak betah untuk berada disini...ini bukan tempat aku..aku mahu tinggalkan tempat ini dan kenangan-kenagan pahit itu disini...BODOH!!!

Tapi langkah kaki ini aku gagahi..untuk terus melangkah...hanya 4hari lagi...sabarlah wahai hati perut yang gelisah bagai nak pecah...pergilah...ciptakan satu kenangan manis disini, sebelum balik...

YES....
Akhirnya...hari ni berakhirlah 4 hari yang tidak ingin aku lalui itu...
aku pulang dengan senyuman kerana esok hari merupakan hari terakhir aku di bumi yang menyakitkan ini...
huhhhh....

Namun masih sempat bergambar kenangan bersama mereka...





Kenangan...


 ANDAI KENANGAN MANIS BOLEH DISIMPAN DI DALAM MEMORI CARD OTAK DAN KENANGAN PAHIT BOLEH DIHAPUSKAN MENGGUNAKAN CECAIR PELUNTUR SEPERTI "CLOROX"....

AKANKU CLOROX SEMUA KENANGAN PAHIT ITU HABIS-HABISAN....

13/11/2013

Last paper again n again

ASSALAMUALAIKUM......

Today is da last paper for my last semester’s examination....

Maka hari ini diumumkan secara tidak rasminya...AKU TELAH HABIS BELAJAR...
Walaupun minggu exam pada kali ini dilalui dengan penuh misteri dan sedih... Aku akhirnya berjaya menamatkannya...tidak mungkin aku lupakan kenangan menjawab exam terakhir di sini...di negeri ini...

Siapa tahu, engkau telah mencurahkan duri di dalam perjalanan aku menuju kejayaan...engkau yang aku harapkan memberi semangat saat aku memerlukan...tanpa aku sedari insan yang diharapkan itu telah menghalang langkah aku yang telah hampir ke penamat...datangmu tidak diundang...namun kusambut dengan senyuman..rupanya datangmu bertujuan..
ROSE yang engkau berikan tidak berduri....kerana durinya telah engkau taburkan pada jalan hidupku...


Aku lupa memberitahu kamu...aku sebenarnya SAILORMOON...yang mempunyai kekuatan...” dengan kuasa bulan” aku tepis semua duri-duri yang engkau tabur...dengan kuasa bulan aku berlari menuju ke penamaatnya...Tanpa kamu....Aku mampu berjaya...Halangan yang engkau berikan membuatkan aku bertambah kuat dan KUAT...hahaha...




02/11/2013

Come n Go

ASSALAMUALAIKUM......

Hari ni beta ingin menyampaikan kekesalan hati beta kerana CINTA...
Bila cinta di dusta...semua kata-kata ibarat kusta yang bertakhta di ati..huhuhu...
Senangnya kamu menyakiti dan pergi...

aku diperlakukan seolah-olah seperti secubit tahik hidung yang dikorek-korek dan kemudiannya dijentik lalu jatuh ke atas lantai...dulu, bila aku xsayang kau datang memujuk rayu...bila aku dah sayang kau jentik-jentik..sungguh hina lagak gayamu...Namun aku tetap maafkanmu kerana mungkin kamu juga dalam proses mempelajari apa itu sayang....dan apa itu cinta...sebab tu la kau masih belum belajar erti menghargai atau penghargaan....

Mungkin kehadiran kamu dalam hidup aku sekadar memberi pengajaran kepada aku...atau kehadiran aku dalam hidup kamu yang memberi pengajaran kepada kamu...Kerana aku tahu, Allah tidak menghadirkan kamu di dalam hidup aku sesuka ati melainkan ada maksudnya yang tersendiri.
Dan masa persinggahan itu mungkin telah tamat atau hampir tamat...

Maka aku kena redha dengan ketentuanNYA.

Maybe its over

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

make ur own gifts here