ASSALAMUALAIKUM......
1 Mac 2012..
memberi satu kenangan yang x akan aku lupakan sepanjang hidup aku..
di mana pada hari ini aku telah mengeksidenkan diri aku dengan melanggar divider tanpa perasaan malunya...
perlanggaran tersebut telah menyebabkan rakan aku yang berada di bahagian belakang menerbangkan diri ibarat "SUPERMAN" lalu mendarat di dalam semak yang tidak jauh dari situ...
keadaan itu juga membuatkan aku mendapat kesan-kesan lebam hampir seluruh badan dan menyebabkan aku tidak sedarkan diri selama satu hari kerana memakan ubat tidur...
kesakitan yang menyakitkan sangat menyakitkan membuatkan aku berjalan ibarat bermain jengket2
Namun aku tetap bersyukur kerana perlanggaran perut kempis aku dengan divider tersebut tidak memberikan kesan yang serius kepada aku..
ini kerana lemak-lemak di bahagian perut aku telah menahannya daripada terkena tulang aku..
tetapi kesakitan pada hari ini hanya aku yang tahu...
Sakit yang menyebabkan aku terasa tak mahu bangun daripada tidur dan membuatkan aku menahan air mata dari terkeluar...
aku harus kuat...biarlah aku seorang yang tanggung kesakitan ini kerana kemalangan ini adalah disebabkan salah aku sendiri...
jutaan kemaafan aku pohon kepada rakan sekemalangan ngan aku dan telah menyebabkan kecederaan yang teruk ke atas motornya..
Sekian...Wasalam