27/02/2012

Hipo...


Hangin tol la aku..
da taip2...ilang plak...xmasuk lam draf lak 2..
aku kena ulang balik ler ni..
neyh...

HIPOKRIT.
AKU NAK GITAU YANG AKU MEMANG XSUKA MANUSIA JENIS NI...
tapi ada sesetengah manusia ni dia xpandai berlakon tapi nak jugak jadi watak utama
ayat bergaris ni memang lau yang betul-betul berpengalaman jer akan paham..
ntah ke kejam sangat ke tak lau aku kata camni buat pelakon xjadi tu


tapi memang ni pown hakikatnya yang aku rasa..
pegi matilah si hipokrit..
no haha.

ko da tau ko tu xpandai nak berlakon, jgn la gatai nak buat jugak...
yang mmg top 10 pelakon 2 okai la...
aku boleh la trima kehipokritan mereka..
haktuuuiiihhh

 aku boleh cakap ni jer
"SAYA BENCI AWAK TAPI SAYA PURA-PURA SUKA"

Hipokrit la tuyh...
ngok




Terjemahan Surah An-Nisa'

Assalamualaikum dear...
today i wanna share with all op u terjemahan bagi surah An-Nisa...Surah ni pannnnnjjjaaannggg sangat...ala xkan korang xtaw...korang mesti penah baca kan??kan??
Surah ni banyak menceritakan mengenai kita...sape "kita" yang saya maksudkan??
PEREMPUAN...
yer..betul...Hari ni saya kongsi ayat 1 hingga 20 dulu la yer...t ada masa saya sambung yang selebihnya..
Sebenarnya seronok lau kita baca tafsir Al-Quran ni..Sebab kita bleh tahu banyak perkara...dan melaluinya kita dapat membaiki dan membentuk diri kita seperti yang dikehendaki oleh ALLAH SWT...

[1]
Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya – Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya – zuriat keturunan – lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.
[2]
Dan berikanlah kepada anak-anak yatim (yang telah baligh) itu harta mereka, dan janganlah kamu tukar-gantikan yang baik dengan yang buruk; dan janganlah kamu makan harta mereka (dengan menghimpunkannya) dengan harta kamu; kerana sesungguhnya (yang demikian) itu adalah dosa yang besar.
[3]
Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman.
[4]
Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan itu maskahwin-maskahwin mereka sebagai pemberian yang wajib. Kemudian jika mereka dengan suka hatinya memberikan kepada kamu sebahagian dari maskahwinnya maka makanlah (gunakanlah) pemberian (yang halal) itu sebagai nikmat yang lazat, lagi baik kesudahannya.
[5]
Dan janganlah kamu berikan (serahkan) kepada orang-orang yang belum sempurna akalnya akan harta (mereka yang ada dalam jagaan) kamu, (harta) yang Allah telah menjadikannya untuk kamu semua sebagai asas pembangunan kehidupan kamu; dan berilah mereka belanja dan pakaian dari pendapatan hartanya (yang kamu niagakan), dan juga berkatalah kepada mereka dengan kata-kata yang baik.
[6]
Dan ujilah anak-anak yatim itu (sebelum baligh) sehingga mereka cukup umur (dewasa). Kemudian jika kamu nampak dari keadaan mereka (tanda-tanda yang menunjukkan bahawa mereka) telah cerdik dan berkebolehan menjaga hartanya, maka serahkanlah kepada mereka hartanya; dan janganlah kamu makan harta anak-anak yatim itu secara yang melampaui batas dan secara terburu-buru (merebut peluang) sebelum mereka dewasa. Dan sesiapa (di antara penjaga harta anak-anak yatim itu) yang kaya maka hendaklah ia menahan diri (dari memakannya); dan sesiapa yang miskin maka bolehlah ia memakannya dengan cara yang sepatutnya. Kemudian apabila kamu menyerahkan kepada mereka hartanya, maka hendaklah kamu adakan saksi-saksi (yang menyaksikan penerimaan) mereka. Dan cukuplah Allah sebagai Pengawas (akan segala yang kamu lakukan).
[7]
Orang-orang lelaki ada bahagian pusaka dari peninggalan ibu bapa dan kerabat, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian pusaka dari peninggalan ibu bapa dan kerabat, sama ada sedikit atau banyak dari harta yang ditinggalkan itu; iaitu bahagian yang telah diwajibkan (dan ditentukan oleh Allah).
[8]
Dan apabila kerabat (yang tidak berhak mendapat pusaka), dan anak-anak yatim serta orang-orang miskin hadir ketika pembahagian (harta pusaka) itu, maka berikanlah kepada mereka sedikit daripadanya, dan berkatalah kepada mereka dengan kata-kata yang baik.
[9]
Dan hendaklah takut (kepada Allah daripada melakukan aniaya kepada anak-anak yatim oleh) orang-orang (yang menjadi penjaganya), yang jika ditakdirkan mereka pula meninggalkan anak-anak yang daif (yatim) di belakang mereka, (tentulah) mereka akan merasa bimbang terhadap (masa depan dan keselamatan) anak-anak mereka; oleh itu hendaklah mereka bertaqwa kepada Allah, dan hendaklah mereka mengatakan perkataan yang betul (menepati kebenaran).
[10]
Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak-anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu hanyalah menelan api ke dalam perut mereka; dan mereka pula akan masuk ke dalam api neraka yang menyala-nyala.
[11]
Allah perintahkan kamu mengenai (pembahagian harta pusaka untuk) anak-anak kamu, iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak perempuan. Tetapi jika anak-anak perempuan itu lebih dari dua, maka bahagian mereka ialah dua pertiga dari harta yang ditinggalkan oleh si mati. Dan jika anak perempuan itu seorang sahaja, maka bahagiannya ialah satu perdua (separuh) harta itu. Dan bagi ibu bapa (si mati), tiap-tiap seorang dari keduanya: satu perenam dari harta yang ditinggalkan oleh si mati, jika si mati itu mempunyai anak. Tetapi jika si mati tidak mempunyai anak, sedang yang mewarisinya hanyalah kedua ibu bapanya, maka bahagian ibunya ialah satu pertiga. Kalau pula si mati itu mempunyai beberapa orang saudara (adik-beradik), maka bahagian ibunya ialah satu perenam. (Pembahagian itu) ialah sesudah diselesaikan wasiat yang telah diwasiatkan oleh si mati, dan sesudah dibayarkan hutangnya. lbu-bapa kamu dan anak-anak kamu, kamu tidak mengetahui siapa di antaranya yang lebih dekat serta banyak manfaatnya kepada kamu (Pembahagian harta pusaka dan penentuan bahagian masing-masing seperti yang diterangkan itu ialah) ketetapan dari Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
[12]
Dan bagi kamu satu perdua dari harta yang ditinggalkan oleh isteri-isteri kamu jika mereka tidak mempunyai anak. Tetapi jika mereka mempunyai anak maka kamu beroleh satu perempat dari harta yang mereka tinggalkan, sesudah ditunaikan wasiat yang mereka wasiatkan dan sesudah dibayarkan hutangnya. Dan bagi mereka (isteri-isteri) pula satu perempat dari harta yang kamu tinggalkan, jika kamu tidak mempunyai anak. Tetapi kalau kamu mempunyai anak maka bahagian mereka (isteri-isteri kamu) ialah satu perlapan dari harta yang kamu tinggalkan, sesudah ditunaikan wasiat yang kamu wasiatkan, dan sesudah dibayarkan hutang kamu. Dan jika si mati yang diwarisi itu, lelaki atau perempuan, yang tidak meninggalkan anak atau bapa, dan ada meninggalkan seorang saudara lelaki (seibu) atau saudara perempuan (seibu) maka bagi tiap-tiap seorang dari keduanya ialah satu perenam. Kalau pula mereka (saudara-saudara yang seibu itu) lebih dari seorang, maka mereka bersekutu pada satu pertiga (dengan mendapat sama banyak lelaki dengan perempuan), sesudah ditunaikan wasiat yang diwasiatkan oleh si mati, dan sesudah dibayarkan hutangnya; wasiat-wasiat yang tersebut hendaknya tidak mendatangkan mudarat (kepada waris-waris). (Tiap-tiap satu hukum itu) ialah ketetapan dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Penyabar.
[13]
Segala hukum yang tersebut adalah batas-batas (Syariat) Allah. Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam Syurga yang mengalir dari bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan itulah kejayaan yang amat besar.
[14]
Dan sesiapa yang derhaka kepada Allah dan RasulNya, dan melampaui batas-batas SyariatNya, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam api neraka, kekalah dia di dalamnya, dan baginya azab seksa yang amat menghina.
[15]
Dan sesiapa yang melakukan perbuatan keji (zina) di antara perempuan-perempuan kamu, maka carilah empat orang lelaki di antara kamu yang menjadi saksi terhadap perbuatan mereka. Kemudian kalau keterangan-keterangan saksi itu mengesahkan perbuatan tersebut, maka kurunglah mereka (perempuan yang berzina itu) dalam rumah hingga mereka sampai ajal matinya, atau hingga Allah mengadakan untuk mereka jalan keluar (dari hukuman itu).
[16]
Dan (mana-mana) dua orang di antara kamu yang melakukan perbuatan yang keji itu, (setelah sabit kesalahannya) maka hendaklah kamu menyakiti keduanya; kemudian jika mereka bertaubat dan memperbaiki keadaan diri mereka (yang buruk itu), maka biarkanlah mereka; kerana sesungguhnya Allah adalah sentiasa Menerima taubat, lagi Maha Luas rahmatNya.
[17]
Sesungguhnya penerimaan taubat itu disanggup oleh Allah hanya bagi orang-orang yang melakukan kejahatan disebabkan (sifat) kejahilan kemudian mereka segera bertaubat, maka (dengan adanya dua sebab itu) mereka diterima Allah taubatnya; dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
[18]
Dan tidak ada gunanya taubat itu kepada orang-orang yang selalu melakukan kejahatan, hingga apabila salah seorang dari mereka hampir mati, berkatalah ia: “Sesungguhnya aku bertaubat sekarang ini,” (sedang taubatnya itu sudah terlambat), dan (demikian juga halnya) orang-orang yang mati sedang mereka tetap kafir. Orang-orang yang demikian, Kami telah sediakan bagi mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
[19]
Wahai orang-orang yang beriman, tidak halal bagi kamu mewarisi perempuan-perempuan dengan jalan paksaan, dan janganlah kamu menyakiti mereka (dengan menahan dan menyusahkan mereka) kerana kamu hendak mengambil balik sebahagian dari apa yang kamu telah berikan kepadanya, kecuali (apabila) mereka melakukan perbuatan keji yang nyata. Dan bergaulah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik. Kemudian jika kamu (merasai) benci kepada mereka (disebabkan tingkah-lakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya), kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu).
[20]
Dan jika kamu hendak mengambil isteri (baharu) menggantikan isteri (lama yang kamu ceraikan) sedang kamu telahpun memberikan kepada seseorang di antaranya (isteri yang diceraikan itu) harta yang banyak, maka janganlah kamu mengambil sedikitpun dari harta itu. Patutkah kamu mengambilnya dengan cara yang tidak benar dan (yang menyebabkan) dosa yang nyata

20/02/2012

PRODUK KECANTIKAN

ASSALAMUALAIKUM......
Oleh kerana tadi aku da post pasai keobsesan bermake up...
sekarang aku nak share produk-produk yang pernah aku guna selama hayat hidup aku ni...

SAFI "BERSIH DAN SUCI"..Ni AKU GUNA MASA AKU MULA-MULA MENCEBURKAN DIRI DALAM BIDANG NI
NATASYA...DA LAMA-LAMA SIKIT AKU GUNA NI SAMPAI TERBAKAR MUKA AKU
DAH RASA KAYA SIKIT AKU TUKAR PAKAI BIO ESSENCE..TAPI YANG NI SEBENARNYA XBAIK UNTUK REMAJA
SEKARANG AKU SEDANG GUNA BENDA ALAH NI... SKINZ

lupa lak....

BENDA ALAH NI POWN AKU BELI SATU SET AFTER USE SAFI...L'OREAL PARIS

Selain benda alah kat atas tu aku juga mengorbankan duit aku untuk membeli belah benda-benda tak berfaedah ni..
NATURACTOR
INNERSHINE
RZAC SUNBLOCK

Arrrrggghhhh....macam-macam la aku guna....lau aku nak tunjuk semua mau berjela-jela lagi post ni...
tapi yang aku heran..."KENAPA AKU TAK CANTIK POWN?"
Hahaha...curious

MAKE UP TUTOR DIA...

ASSALAMUALAIKUM......

sebut jer make up...
mesti terlintas dalam benak kepala otak korang seorang atau berorang-orang perempuan cantik dan muka putih bedak serta mata yang seolah-olah ditumbuk sehingga lebam..
yup...
begitulah juga dengan otak aku...
aku nak mengarut mengenai perempuan dan make up serta diri aku sendiri as a girl (not women yet)
aku sebenarnya sangat-sangat heran kenapa perempuan sangat obses dengan " CANTIK"?
sangat-sangat penasaran...

tapi sekarang bila aku sendiri da rasa diri ni semacam dah obses tu barulah aku tahu kenapa...
tapi aku xnak la war-warkan sebab munasabab aku obses neyh...
setelah aku mengobseskan diri...semua jenis produk kecantikan aku terbeli...
tengok iklan tu, nak beli yang tu...
tengok iklan ni, nak beli yang ni plak...
haiiishhh memang 2 la orang kata "PEREMPUAN"

kenapa lelaki xseobses ni untuk "HENSEM"
aku tegok lelaki-lelaki kat luar sana biasa jer...
kuar umah xpakai baju...
pakai suar pendek...

memang beza abes ngan pompuan yang nak kuar seminit pown pakai bedak satu tin...
nak kuar lama apatah lagi...
memang setin sehari tu kompem da bedak digunakan...{untunglah penjual bedak}

aku nak tanya satu soalan howt...

"Perlu ke cantik lau Hati kotor?"

bersama-sama ni aku sertakan gambar seorang perempuan cantik...bagi aku la...lau korang rasa tak cantik "ada aku kesah?"



05/02/2012

HUJUNG MINGGU YANG BERTUAH...

ASSALAMUALAIKUM......
Hohoho....sambil memegang perutku yang boroi...
mmg hujung minggu ni adalah hujung minggu yng paling perfect bagi perut kenyal aku...
mana tidaknya...semalam dah ada orang blanja sarapan...<"roti canai n milo">
tengahari buat birthday party lak...<"KFC n kek Secret recipe">
makan malam plak ada orang taja...<nasi goreng paprik n air oren"
memang beruntung la aku dua ari ni...
arini plak birthday party hamba Allah yang lain plak..
makanan tajaan berupa McD dan Kek dari secret recipe
Wow...
aku xkan heran kalau dalam masa dua hari ni berat badan aku naik 2kg sekalipown...
tapi apa pown mmg nikmat sangat terasa dunia ini...
huhu.
memang betul la pepatah menyatakan
"Birthdays are nature's way telling to eat more cake!!!"
memang xsyak lagi pepatah ni.. 
sebelum aku memblahkan diri...izinkan aku berkongsi keriangan bersama...
yoyoyoi!!!!

sebelum menikmati hidangan

bergambar  sebagai bukti...hahaha

abaikan apa yang anda baca



02/02/2012

israel hasilkan tomato hitam

ASSALAMUALAIKUM......

jalan punya jalan...tiba-tiba i terjumpa sesuatu yang agak menarik perhatian dekat blog  si HANIF...MEMANG AGAK MENARIK...dan inilah yang telah berjaya d kopi susukan dari blog beliau...

Pakar hortikultur Israel menghasilkan rangkaian kacukan tomato yang merah di dalam dan hitam di luar.
Untuk menghasilkan buah yang dinamakan ‘Black Galaxy itu, mereka mengacukkan tomato dengan pelbagai jenis tomato hutan.

Warna hitam itu datang daripada pigmen yang sama yang didapati dalam beri biru.

Pigmen itu fotosensitif supaya di mana lebih lama tomato itu dibiarkan terdedah kepada matahari di ladang, warnanya akan menjadi lebih pekat.

Syarikat yang menghasilkan tomato spesies baru itu, Technological Seeds, pakar dalam menghasilkan sayur hibrid.

“Selain warna, tomato itu juga mempunyai kelebihan antioksida,” kata seorang petani syarikat berkenaan.


Malah, seorang penyelidiknya berkata, ia mungkin mengandungi lebih banyak khasiat memandangkan pigmen unik itu mempunyai kandungan kepekatan antioksida dan vitamin C yang tinggi yang diketahui boleh meningkatkan sistem imunisasi.

Buah ganjil itu adalah kacukan tomato kultur dan hutan. Ia akan dipasarkan di hotel terkemuka kerana warnanya yang unik.

Ada kemungkinan ia boleh diperoleh di pasaran tempatan dalam masa setahun.

Buah tomato ganjil itu akan mula dipamerkan kepada orang ramai minggu depan di Pamerah Pertanian Arava. Ekspo berkenaan juga akan mempamerkan lemon tanpa biji, spesies terbaru strawberi, lemon merah dan lobak pelangi yang berwarna kuning, ungu dan merah jambu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

make ur own gifts here