26/11/2011

Kurang asam jawa extra power root..

ASSALAMUALAIKUM..

arini i nak membebel sikit sal budak-budak zaman sekarang ni..
i tak tahu la nak cakap hape benda bila melihat keganasan anak-anak muda zaman sekarang..
bukan apa...>nak kata i xganas pown xde la kan<
but bila da tak tahu nak hormat orang lain...mmg xboleh dimaafkan la..
sekumpulan anak-anak spila ni duk makan kat KFC...


tapi yang i hanginnya dia buat macam KFC tu milik mak bapak dia...
setahu aku KFC ni bukan hak milik melayu kita..
yang buad kacau ni melayu kita...
hampeh betoi..
xde baja punya olang..
TAK TAW LA KOT NI BAPAK MEREKA
da tau ko tu xtahu nak makan roti..jangan la buang merata-rata..
da la buat bising macam korang jer ada kat situ..
abes orang lain tu apa?
bukan pelanggan?
jaga la sikit tingkah laku tu..
aku tahu la korang tu bodoh...tp jangan la tunjuk sangat..>simpan-simpan la sikit>
aku bukan apa...hilang mood aku nak menikmati snack/snake plate aku...
xkenyang rasanya menikmatinya apabila diganggu oleh mereka yang tidak ada baja neyh..
Redha jela


Notes: lau kornag jumpa yang macam ni...sepak terajang jer...xyah tgok or jeling-jeling...buat berat bumi jer mereka idoop



19/11/2011

HOLIDAY IN KOREA

Assalamualaikum...
hye...hihihih...apa khabar smua??
hari ni aku akan balik ke kampung halaman..
kerana aku akan bercuti selama sebulan.
perancangan tahun ni nak g korea..
jom........
bestnya cuti
cuti ngan mr.bean...jomm
KOREA...
Apa yang best sangat kat korea tu??
sebeanrnya xde apa pown yang best...tapi oleh kerana aku suka menonton citer korea membuatkan aku tergila-gilakan korea..rasa macam nak pegi sana untuk lihat sendiri macam mana kehidupan orang-orang kat sana..dan adakah sama dengan crita-crita yang telah aku tonton slama ni...tempat yang paling menarik perhatian aku ialah jeju island...nak sangat pegi tempat tu..sbb bagi aku kawasan tu kelihatan agak cantik dan menenangkan...aku harap sangat suatu hari aku akan dapat menjejakkan kaki ke sana...InsayaAllah...
 


SIMPLE PLAN

ASSALAMUALAIKUM......
Hye cik kiah>....po kobar?
lama xnampak..
aku ada gosip nak bagitau hangpa neyh..
hangpa taw dak? si pulan bin polan tuyh.....bla...bla...bla..
 
aishh..
apa yang aku merepek ayam neyh?

saya sebonarnya nak citer sal plan saya yang serba simple namun complicated ni...
plan apa lg?'
plan cuti RAYA hangpa la "CNY"
 
plannya nak p jalan-jalan kat negeri che siti wan kempis kedah neyh
banyak betul planning tuk raya cina neyh...tp xtaw jadi ke x....
lagi satu aku rasa kat kedah ni xde mendanya yang menarik...
lau nak p jalan...nak p jalan katne erk?
 
Sebenarnya saya telah untuk mengelilingi seluruh pelosok kedah ni....
tp apakan daya..
perancangan tinggal perancangan...dari dulu lagi saya merancang tp xpenah jadi-jadi..
Allah xrestu la kot..
sbb benda-benda macam ni hanya membazirkan masa dan wang ringgit sahaja...
kan?
kan?
kan?
 
 
lagipown
ayoyo...
ada apa pada KEDAH?
 
 
jawapannya: ada AKU..hahaha...
 
 


 
ada apa pada KELANTAN?
ada tapak kaki aku...
 
arshhhhhh...merepek!!!!

18/11/2011

Apa kaitan antara mulut dan cili??

Assalamualaikum...
hye semua.....ngah watpe?
bosan kan?
nway saya baru jer lepas makan ni...
anda semua sudah makan belom????
kalau dah makan 2 bagus la..
lau xmakan lagi cepat-cepat la g makan...
nanti lari plak lelemak kamu 2..

saya sebenarnya dapat idea untuk berkongsi mengenai "mulut"..
mulut manusia ni dia ada banyak jenis..
ada mulut murai, ada mulut tempayan...
macam-macam la...
tapi arini saya cuma nak angkat satu jer...iaitu mulut pedas atau boleh dikategorikan sebagai longkang..

pedasnya mulut tu boleh dikatakan seakan-akan benda neyh...


semua orang tahu kan kepedasan benda alah ni...
mulut manusia pown boleh menjadi sepedas itu jika tiidak dikawal pengambilan bajanya..atau dengan kata lain kurang baja atau kurang asam.
mulut pedas ni maksudnya orang yang dapat bertutur atau bercakap dengan lancarnya dan menggunakan sebutan dan intonasi yang betul tanpa memikirkan perasaan orang lain..

sebenarnya orang yang bermulut pedas ni bagus sebab kelancaran dan kefasihan dia menuturkan bahasa tu baik sekali...huhu
tapi dari segi gaya penyampaian dan komunikasi jer yang lemah sikit...
apa pown pada pendapat saya  mulut masing-masing..
kalau pedas, pedas la...kalau masin...masin la...
kalau manis...manis la...
tp kalau pahit bahaya....

sebab lama-lama tuan dia pown xtahan dengan kepahitan mulut sendiri.
huhu...pedas xpe...hakhak...

neway...
saya sebenarnya da banyak terasa aty ngan orang bermulut pedas ni...lama kelamaan saya mengamalkan makan lada atau cibai cabai...akhirnya sekarang saya pown mampu menjadi seorang yang bermulut pedas gak..
 dan sekarang dengan penuh bangganya saya menygisytiharkan bahawa telah ramai manusia yang telah terasa dengan kepedasan mulut saya..
apa pown saya bukan nak sangat memedaskan mulut saya neyh tp apakan daya dyorang yang mintak.
yang buat saya tergerak ati nak tulis benda alah ni kerana arini saya telah menyakitkan ati orang tu dan ingin meminta maaf bebanyak kat orang tu...
huhu

NOTES:
Kadang-kadang kita perlu tegas...
jadi xsalah bermulut pedas sekali sekala agar orang lain x naik atas kepala kita...

RONALDO MEMBERI KOMEN MENGENAI PERLAWANAN BOLA ANTARA MALAYSIA VS INDONESIA SEMALAM

mALAS nak kata apa...
saksikan sendiri
 komen Ronaldo 


mengenai perlawanan bola bagi sukan SEA 2011 semalam




Bukan aku nak melawak ataupown membuat kelucuan...tp aku terasa sedikit terkilan kerana dipersendakan oleh video bodoh ni...jadi aku berkeputusan untuk share dengan hampa menda nih...
k...chow

17/11/2011

Main masak-masak

Asslamualaikum..
arini sy nak kongsi ngan korang tentang salah satu minat sy tyme free n cuti...
kalo korunk tengok sy yang serba malas ni, korang xkan sangka yang sy ni sebenarnya suka masak..
kalau orang laen suka memasak sahaja.....sy laen...xsama ngan dyorang semua tuyh..karena sy suka MASAK DAN MAKAN...
apa sy masak, sy akan makan la...
xkira sedap ke x..
sebab tu hasil kerja dan titik peluh saya sendiri...
sy punya pasal la kan...yang orang laen nak wat sebok 2 apsal?huhu
memasak ni sebenarnya best gak...
di samping persiapan nak jadi bini orang...kita jugak dapat melantak dengan seronoknya...
dat's y la bila sy balik cuti jer berat badan sy akan meningkat 1 sehingga 2 kilo...(banyak 2 brader).
k la let's jom tengok masakan y aku penah masak dan terambik gambarnya...



ni mee bandung namanya deck..





ni puding beb

 NOTES:
Malas sy nak upload bebanyak...
t korunk curik plak...hahhaha

LAST PAPER FOR TODAY N THIS SEM

Assalamualaikum dan selamat tengah ary...
di hari yang penuh dengan cahaya matahari neyh...
saya nak mengumumkan bahawa saya telah kehabisan paper untuk semester ini...
>tapi mmg sy xberapa nak kompem dengan permulaan sem depan<
>sy arap smuanya akan ok la...<
semester ni memang sangat mencabar minda dan emosi sy...
sebab jadual exam sangat la mentakutkan..
ce tengok


10/11/2011-EDU 3104 (PAGI)
14/11/2011-PKP3107 (PAGI)
15/11/2011-PKP3108 (PETANG)
16/11/2011-BMM 3104 (PETANG)
17/11/2011-MTE 3107 (PAGI)

Betapa menguji otak sy yang sedikit lemah neyh...
tanpa disengajakan semalam 
sy teLah ketiduran dengan nyenyaknya 
kerana 
otak sy telah keletihan akibat asyik membaca buku...
pada hari yang mulia ini sy telah menjawab exam dengan begitu sayu..
kerana ada ker patut masuk SODUKU dalam exam
sy mmg dari kecik sampai besar xpernah main benda tu...
dan sy tidak faham setitik haram pown apa itu Soduku sebab satahu sy memang dalam proforma xde benda alah 2...
sy dengan yakin memenuhkan ruang kosong dengan apa sahaja angka yang terdapat dalam dunia yang serba canggih ni..
disitu sy telah menghilangkan 8markah dengan selamatnya..

tapi apa yang paling menggembirakan sy pada hari ini ialah kerana

EXAM TELAH HABIS


yahooooo!!!!

NOTES:
Aku harap pada masa hadapan aku jangan la dapat murid cam aku sekarang...
haiiih   susah lau dapat murid cam aku...


16/11/2011

INFO RESDUNG

Assalamualaikum kawan-kawan...
Korang pernah tak bersin sampai tahap GABAN?

Kebanyakan orang yang bersin tahap GABAN  tu diorang sebenarnya ada penyakit...
iaitu penyakit resdung....
sebenarnya saya pown bleh dikatakan ada penyakit ni..
ni xde la pnyakit sangat pown...
tp lebih kepada elergic or something like datz la...
korang mesti penah dengar kan perkataan ni??
k la jom kita soroti dengan lebih lanjut apa itu resdung...

Resdung?? resdung?? apekebenda tu??
Resdung (sinusitis) adalah radang pada lapisan rongga hidung yang memiliki
beberapa jenis iaitu frontal, ethmoid, maxillary dan sphenoif. untuk memudahkan pemahaman kawan-kawan aku translate la maksud ni...
"resdung tu sebenarnya sejenis kesakitan pada hidung akibat sejenis benda alah yang menakutkan" >saksikan sekojap lagi<

Anda tahu tak apa punca resdung ni?


1) Jangkitan Kuman seperti bakteria dan virus yang berulang kali pada rongga hidung yang kerap menyebabkan seseorang mendapat demam dan selesema. Malah ketumbuhan dari dalam hidung seperti "polyps" dan kanser turut dikaitkan dengan penyakit resdung
2) Struktur hidung yang tidak normal, yang mungkin diakibatkan oleh tulang hidung retak atau patah ketika kemalangan boleh menyebabkan seseorang mendapat penyakit resdung. Bagi sesetengah orang yang mempunyai struktur tulang hidung yang " senget " tidak lurus (deviated nasal septum), risiko untuk mendapat resdung adalah tinggi. 
3) Selain daripada itu, kerosakan atau sakit gigi di bahagian gusi atas boleh menyebabkan resdung. Kerosakan atau sakit gigi di bahagian gusi atas boleh menyebabkan resdung. Kuman atau bakteria yang berasal dari kerosakan atau sakit gigi boleh merebak dengan mudah ke rongga sinus dan menyebabkan resdung. Hal demikian kerana kedudukan gigi gusi atas amat berdekatan dengan rongga sinus. Rongga sinus yang terdapat di dalam tulang pipi (dikenali sebagai maxillary sinus) merupakan rongga yang paling kerap mendapat sinutisis akibat kerosakan gigi. 
4) Di samping itu kajian menunjukkan tabiat menyelam dan menyelam di air sungai atau kolam yang kotor serta laut yang tercemar turut menyumbang dan mengakibatkan penyakit ini. 
dan sekarang cuba anda tengok apakah yang akan berlaku jika RESDUNG ni tidak dirawat pada peringkat awal...

14/11/2011

Back to school

Assalamualaikum...

tetiba saya rasa rindu sangat kat kawan-kawan zaman sekolah dulu-dulu...
masa kecik-kecik dulu saya ada sorang kawan baik... Nama dia dirahsiakan...awak taw x? dia baik sangat ngan kita...hampir setiap hari dia akan bawak bekal nasi goreng dan kita pown tumpang sekaki makan nasi goreng dia...
kita xmintak pown tapi dia yang ajak..dia  cakap jom la kongsi nasi ngan dy...nasi tu mak dia yang masak..
...SEDAPPP...
rugi korunk semua xdapat rasa nasi goreng yang mak dia masak..
rasa macam ada perencah kasih sayang dimasukkan ke dalam nasi tu...
kita rindu sangat kat dia...tapi...
zaman dah berubah...kami semua dah dewasa.dia ntah kan ingat entah kan tidak kat saya...tapi saya akan selalu ingat dia..
kalau kita susah dia selalu tolong kita...tapi masa tu  kan zaman budak-budak...kita pown xfaham lagi semua benda-benda yang complicated ni...kita kawan macam kanak-kanak lain jer..
miss u my best frend...


HARAM PAKAI RANTAI BURUNG HANTU

ASSALAMUALAIKUM......

Hai sahabat...
first of all...ce tengok gambar ni...
penah tengok x?



 sure la penah kan!!!
berlambak-lambak jual kat kedai...
tapi tahukah anda..(UMAT ISLAM)
benda ni haram dipakai...
kenapa?
?





?
?


FREEMASON ? 
pernah dengar x ?
kalau sahabat-sahabat nak tahu , mereka inilah kaki kaki DAJAL , mereka adalah  angkatan DAJAL AL-MASSIH ni sebab nak HARTA , KAYA , NAMA.
 ni merupakan salah satu agenda mereka untuk menyesatkan kita sebagai umat ISLAM..
Sebab..kita sekarang sudah berada di akhir zaman..
ramai antara kita telah menjadi ahli mereka tanpa disedari..
ok..
ce tengok..

ni lambang keDAJALan diorang


LAKNAT
Ni lambang burung hantu...yang jadi ikutan anak-anak muda yang kurang pengetahuan agama...
Bodohnya kita...pakai rantai BURUNG HANTU yang seolah-olah menyokong mereka..
Dimana-mana sahaja..mereka ada..musuh yang tersembunyi
 NOTES: SEMONGA KITA TIDAK MENJADI SALAH SEORANG DARIPADA MEREKA..

11/11/2011

Doa Taubat

Assalamualaikum..

Ada apa pada 11.11.11


 Assalamualaikum....
hai kawan-kawan...
anda suka x dengan tarikh hari ni?


11-11-11



Tahukah anda? 

tarikh ni sebenarnya bukan la tarikh yang baik untuk kita agung-agungkan
kenapa? why? purke?

Bcoz...
read the stupid notes below..



 Dalam kitab satanic the holy is satan. Yg Mr St Wingston Father Satan bagi tahu yang 11.11.11 hari kebangkitan anak setan dan dajjal yang akan memerintah dunia.


Dan org akan memuja2 pada hari keramat yg bratus tahun Wiliam satan tunggu-tunggukan. Sebenarnye orang tak akan tahu apakah makna tarik tersebut malah pada hari Jumaat datangnya kami untuk menyesat semua agama Islam, Kristian dan Buddha.


Dan di mana nanti Yahudi dan kami akan gembira kerana kebodohan manusia yang ada agama tapi tidak guna dengan betul. Sesungguhnya father of god satan akan terus menyesat ank2 adam, St Mary and Crist Jesus. Maka kiamat akan muncul pada hari Jumaat dan tarikh ini bermakna untuk kami. Semperna keturunan kami 6.6.6 9.9.9

PIZZA

Assalamualaikum...hye semua...
pekabar?

huhu...arini xnak cakap banyak cuma nak kongsi perasaan lapar dan dahaga...
saya sebenarnya lapaq sesangt..da lama mengidam nak makan pizza...
da lama xmakan...tingin...tapi xde orang nak teman saya makan..
xsyok la makan sensoram...xde nikmat...
lau makan ramai2 sambil berebut-rebut manja barulah meriah kan??


saya harap sebelum cuti ni saya akan dapat makan pizza dengan seronoknya...
i wish i will eat pizza hut b4 oliday...


jom la...jom la...jomm la
da lama xmakan pizza neyh...

10/11/2011

SYURGA DI BAWAH TAPAK KAKI IBU...

ASSALAMUALAIKUM...
Korunk penah dengar x ayat ni
"syurga di bawah tapak kaki ibu"
mesti pernah kan?
sy pown penah dengar gak..
da beratus-ratus kali kot dengar..
tapi...
ada gak sy intai-intai bawah tapak kaki ibu sy..
xpenah nampak pown syurga...
ok 
.
.
sekarang kita akan menjelajah...apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan ayat keramat tu...
..
.
.
Sebagai seorang anak, yang pernah dikandung oleh rahim ibu sendiri antara 7 hingga 9 bulan, ditatang sejak usia dini hinggalah menjejaki alam rumah tangga, ibu adalah segala-galanya. Kita harus memikirakan bahawa kerana sentuhan kasih sayang ibulah menyebabkan diri kita berada dalam keadaan sekarang. Kita telah berjaya melangkah ke alam dewasa dan pekerjaan dengan penuh bergaya, tetapi kenapakah kadangkala kita lupa kepada dia yang pernah melindungi keseluruhan kehidupan kita sebelum kita boleh berdikari? Bagaimanapun, sama ada ibu kita masih hidup atau sudah mati, kita masih boleh berbakti kepadanya. 
  • Taat dan patuh serta sentiasa mendapat restunya
  • Melakukan kebaikan kepada mereka
  • Mendekati atau sentiasa berdampingan dengan mereka
  • Sentiasa melafazkan kata-kata yang lembut dan sopan apabila bercakap dengan mereka
  • Memohon kebenaran (meminta izin) apabila ingin keluar rumah ataupun meninggalkannya walaupun untuk berjihad di jalan Allah
  • Membebaskan mereka dari beban hutang
  • Sentiasa menghormati nasab keluarga dan mengingatinya sebagai sesuatu yang boleh menyebabkan aib serta dicela
  • Mendoakan kebaikan bagi mereka
  • Memberikan bantuan atau meringankan masalah mereka
  • Membantu atau membiayai perjalanan mereka untuk menunaikan haji.
Dalam menghadapi suasana dan karenah orang tua, merupakan satu bentuk ibadat yang paling tinggi nilainya. Malah Rasulullah s.a.w pernah ditanya oleh Abdullah bin Abu Mas’ud: “Apakah amalan yang paling utama?” Jawab Rasullullah s.a.w: “Solat tepat pada waktunya.” Ditanyakan lagi oleh Abdullah Abu Mas’ud: “Selain daripada itu, apa lagi?” Jawab Rasulullah s.a.w: “Berbakti kepada kedua-dua orang tua.” Kemudian ditanya lagi: “Apa lagi?” Baginda menjawab: “Jihad di jalan Allah.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Berbakti kepada orang tua adalah lebih besar pahalanya daripada berjihad. Ini membawa maksud, Rasulullah s.a.w mengutamakan berbakti kepada ibu bapa adalah sebuah tanggungjawab yang besar, menurut satu hadis lain, Mu’awiyah bin Jahimah as-Sulami telah pergi menemui baginda dan bertanya” Sesungguhnya saya ingin  turut serta berperang bersama ya Rasullullah, dan kedatanganku ini adalah untuk mendapatkan petunjuk. Rasulullah s.a.w bertanya: “Apakah engkau masih mempunyai ibu? Jawab Mu’awiyah, Ya, saya masih mempunyai ibu.” Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: “Kalau begitu, pulanglah. Temanilah ia (berbakti kepadanya), kerana sesungguhnya syurga itu ada di bawah kakinya.” (Riwayat Nasa’i dan Thabrani)

Jelaslah selagi ibu kita masih hidup, kita wajib melayaninya dengan baik. Tidak boleh menyakitkan hatinya walaupun kadangkala kita pernah tergores hati kerana nasihat dan kata-katanya. Kita harus memahami bahawa dalam kesukaran hidup dan kegetiran tenaga, selama sembilan bulan dia sanggup menahannya. Dia tetap bersabar, malah sanggup mengorbankan kesenangan diri semata-mata untuk membesarkan kita. Kerana dialah, kita boleh mencapai kedudukan sekarang, kerana perlindungannya maka kita tampak sihat dan sentiasa terkawal dari pelbagai bentuk ancaman. Dia sanggup mengorbankan nyawanya sendiri, demi membolehkan kita membesar dan hidup berdikari sebagai seorang manusia yang normal.

OOOOO...
tu la dia maksud SYURGA DI BAWAH TAPAK KAKI IBU..


Exam Oh Exam

Assalamualaikum...
hye babe...wat per 2?
chat ker?

arini saya nak hapdate sikit mengenai life saya arineyh..
maksud shaye perjalanan menduduki exam edu 3105..
korang tau x subjek edu 3105 tu subjek menda?
ha....betoi la 2...
HAHAHAHA!!!!



Di hari yang mulia neyh saya telah mengexamkan diri dengan subjek tuyh..
Alhamdulillah akhirnya sah jgk saya mengexamkan diri..
exam ni start pada pukul 8.30 pagi..
saya dengan bangganya kunci jam kul 4 pagi.....nak wat last view la kononnya...
tengok-tengok
pukul 7 pagi baru bangun > wat last view la sangat<...
shaye pown apa lagi, p la mandi dengan rakusnya.
sembahyang subuh gajah dan terus baca buku...>bukan baca sgt pown, tengok je<
lam pukul 8.10 pagi saya pown gerak dari rumah untuk menduduki peperiksaan..
tepat kul 8.30 semua orang masuk dewan untuk exam..sedangkan yang bernombor giliran berjiran ngan saya xdapat masuk dewan kerana dewan tersebut terkunci dengan selamatnya..
apa lagi???
heboh la satu dewan...>yang lain tengah fokus xzem<
akhirnya setelah beberapa cara menarik dilakukan dewan terbuka seluas-luasnya
>umpama menyambut kehadiran kami<

da masuk...dapat kertas  soalan...
saya terus membelek dengan rakusnya..
>tanpa menghiraukan tulisan kat depan yang berbunyi bercetak
"JANGAN BUKA KERTAS SOALAN SEBELUM DIBERITAHU"
saya pown terus tengok bahagian esei...>secara sembunyai-seembunyi<
Fulamabuk
mmg sah saya tak terbaca jawapan tuk soalan tu..
saya pown bertongkat dagu merenung nasib diri...
 selepas tu pensyarah pown kata "sila isikan nama dan angka giliran serta subjek"
saya pown isi la nama....
angka giliran??? saya masih xhafal n sy pown tengok pada slip exam
subjek....aku jadi penasaran...subjek apa namasebenarnnya ni dude...
>selama ni  aku dok panggil edu jer<
aku pown tggal ruang kosong...xpe la isi kejap agi...

setelah pensyarah mengeluarkan suara garaunya "anda boleh mula menjawab sekarang"
sy pown membuka kertas jawapan...sebelum terbuka sepenuhnya sy terlihat satu "point penting"
yezza...nama subjek dan kod subjek neyh...
hahaha...akhirnya...sy pown tulis la kat depan tu balik
EDU 3105
TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
dan kemudian
sy pown jawab la soalan dengan sopan- sotong...

Apa  pown
sy punya la best mengarang arini...sy telah mengarut habis-habisan dalam paper tu...
>aku harap lectrer xkan suka terbahak-bahak membaca jawapaan aku yang begitu kreatif dan inovatif tu...<
sedang aku sibuk mengarang lalu aku terdengar 
"masa ada lagi lima minit...sila ikat kertas  jawapan anda, pastikan kemas yer?!!"

Haaahhh????apa??lima minit?
aku pown pulun menembak jawapan-jawapan objektif >aku harap terkena la pada sasaran<
kemudian dengan penuh bangga aku ikat kertas jawapan aku dan lectrer pown merampas paper aku dengan kejamnya...dengan itu selesai sudah exam pada hari nie..
aku pown keluar dewan dengan satu keluhan manja....

NOTES:
untuk pengetahuan korunk aku xberapa nak menyesal la xfokus study sbb mmg apa yang aku berhajat nak baca tu smua xde lam xzem tadi..
Tapi aku menyesal sbb hajat untuk membaca topik-topik yang masuk exam tadi pown xde..apatah lagi membaca tajuk tersebut...lepas 2 korunk paham-paham sendiri la aku dapat jawab ke tak kan...

08/11/2011

Nightwish

Assalamualaikum...

hye smua wat apa tu?
>konpem la tengah baca blog aini kan<
huhu...sajer je buat-buat ramah...haha
arini saya nak cerita tentang sebuah lagu yang saya sangat-sangat minat >buat masa ni la<
lagunya ialah AMARANTH daripada NIGHTWISH..
...Actually this song is not really good for us..bcoz it's video agak kejam dan merabai...tp entah la xtaw kenapa sejak kehadapanan ni saya minat lagu-lagu macam ni...this is the song lyrics and it's meaning




Baptised with a perfect name
(Someone has been named Amaranth (I guess) but to them it is a lie, they believe it isn't correct to be called such a word)
The doubting one by heart
(He doubts himself / his heart)
Alone without himself
(He does not know himself, he wants to understand himself)

War between him and the day
(I think the day symbolizes light / joy, things like that)
Need someone to blame
(He is searching for someone to put blame upon)
In the end, little he can do alone
(He cannot do much alone. (because he is seaching for himself?) )

You believe but what you see
(For you, seeing is believing)
You receive but what you give
(You get but what you give)

Caress the one, the Never-Fading
(Value the ever-lasting beauty and perfection)
Rain in your heart - the tears of snow-white sorrow
(Sorrow is leaking into the heart)
Caress the one, the hiding amaranth
(Value the hidden beauty, perfection and goodness)
In a land of the daybreak
(Refering to the earlier line, meaning once value hidden beauty, you find joy)

Apart from the wandering pack
(Alone again)
In this brief flight of time we reach
(He would like to go back please)
For the ones, whoever dare
(Loness is only for those who dare)

You believe but what you see
(Again, seeing is believing)
You receive but what you give
(You only get what you give)

Caress the one, the Never-Fading
(Value the ever-lasting beauty and perfection)
Rain in your heart - the tears of snow-white sorrow
(Sorrow comes into your heart)
Caress the one, the hiding amaranth
(Value the hidden beauty, perfection and goodness)
In a land of the daybreak
(Once you figure out the line above and aply it to your life, you will find happiness)

Reaching, searching for something untouched
(He is looking for the Amaranth, who is perfection, goodness and ever-lasting beauty)
Hearing voices of the Never-Fading calling
(He hears the need for perfection/beauty/goodness calling to him)

Caress the one, the Never-Fading
(Value the ever-lasting beauty/perfection/goodness)
Rain in your heart - the tears of snow-white sorrow
(Again, sorrow in the heart)
Caress the one, the hiding amaranth
(Value hiddden beauty/perfection/goodness)
In a land of the daybreak
(Finding happiness though realising the value hidden within things) 


lau nak dengar lagu tu search la kat youtube.... 
boleh dijadikan halwa taik telinga angpa semasa angpa tengah tension..

07/11/2011

Terjemahan surah Al-Humazah

Assalamualaikum...
hari ni jom kita berkongsi maksud surah Al Humazah...
Surah ni adalah untuk memberi kesedaran kepada kita yang semakin hari semakin lalai...



[1] Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci, pengeji,

[2] Yang mengumpulkan harta dan berulang-ulang menghitung kekayaannya;

[3] Ia menyangka bahawa hartanya itu dapat mengekalkannya (dalam dunia ini)!

[4] Tidak! Sesungguhnya dia akan dicampakkan ke dalam “Al-Hutamah”.

[5] Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui, apa dia “Al-Hutamah” itu?

[6] (Al-Hutamah) ialah api Allah yang dinyalakan (dengan perintahNya), -

[7] Yang naik menjulang ke hati;

[8] Sesungguhnnya api neraka itu ditutup rapat atas mereka.

[9] (Mereka terikat di situ) pada batang-batang palang yang melintang panjang.


Semoga Melekat di Hati...


Blogging

Assalamualaikum..

sebelum menidurkan diri saya nak hapdate sikit tentang keadaan diri saya yang sangat taksub sangat melayan blog..
ari ni satu ari saya bertungkus lumus menyiapkan diri blog saya yang serba kekurangan neh...
maklum sajer lerr...~blog baru~....
sedang orang lain sibuk menyambut hari raya yang mulia...saya plak sibuk mencari widget-widget cantik menarik tertarik kau mmg debab yang sesuai untuk menjadi tatapan pembaca blog saya nanti  >iaitu diri aku sendiri<

sedang kawan-kawan yang lain sibuk mengadap buku untuk exam..saya pula sibuk menghapdate belog yang tidak seberapi  seberapa neyh....


akibatnya saya telah memandakan >bukan memandai< mata aku dengan seronoknya....

selain itu, saya juga telah membuat satu keluhan panjang  hingga terkeluar hingus-hingus manja di dalam idom saya kerana telah membuang masa, tenaga usaha dan cita-cita saya.

......................................

BERSAMBUNG...

TUTOR BLOGSPOT

Assalamualaikum....
mownink semua...
hari neyh aku nak buat TUTOR BLOGSPOT
mesti dalam kepala otak korunk tertanya-tanya tutor menda kan?

Otak angpa

Sebenarnya untuk pengetahuan kepala otak korunk...
aku bukan maksudkan nak buat TUTORIAL BLOG...
Korunk sendiri pown da tengok kan aku da potong siap-siap perkataan tuyh..
Aku sebenarnya nak TUNJUK 2 jenis kepala otak orang/manusia yang aku suka buat kawan......

1. Otak SLEEPING and da beast BEUTY
 Sleeping Beuty yang aku maksudkan ialah jenis yang suka tiDoq...walau di mana pown dyorang berada..>walau dalam longkang sekalipown<...........menariknya berkawan ngan orang camney ialah kerana apabila mereka suka menidurkan diri otak mereka.....mereka tidak akan mengganggu kerja-kerja pembinaan yang aku sedang buat>>>>>>akan buat <<<<<<  dan telah buat.......hahaha
Otak camney mmg kawan baek aku..

 2. Otak Cool coLD

Cool...bukan cool yang ingin aku maksuDkan...tapi cold....haha
CoLd tuyh maksudnya apa???
>ko tengaok lerr kamus<
Biler dyorunk berotak cold akan menyebabkan kelongkangan mulut kita tidak dibalas bertubi-tubi.
ini bermakna mereka akan sentiasa mengucapkan ayat "its okai" atau ayat-ayat yang sewaktu dengannya....>walaupown aty da terbakar <



it's okai aty dyorang terbakar....asalkan jgn otak dyorang yang terGoreng

Berkawan dengan orang yang berotak cold neyh akan dapat mengelakkan berlakunya pergaduhan antara aku dan mereka serta anak-anak mereka..

Hanya tuyh yang ingin aku kongsi fatchai dengan korunk...angpa dan mereka...
Sekian wasalam

NOTES:
>Friends are born, not made<

06/11/2011

SALAM AIDILADHA

Assalamualaikum..........

Di petang ary raya yang mulia neyh aku  nak wish kat korunk...

SELAMAT HARI RAYA...


Mesti korunk ngah berseronok memakan daging MEREKA kan...


NEYH MEREKA YANG AKU MAKSUDKAN......


 Kesian MEREKA...

SAMBUNG...............

Actually aku nak buat pengakuan neyh...
this is my FIRST tyme sambut raya kat perantauan
Sedeyh ngat  ngat...
aku tak balik bukan sebab xde cuti
tp sebab Exam is around da corner >lau balik opkosh la xbaca buku<
tapi kira hokei jugak la aku xbalik shebab lau aku balik....
ehehehe...............
.
<pasti xcukup daging lembu untuk org laen<

Almaklonglum la aku neyh makan banyak
~setakat satu mangkuk sup tuh maner la cukup~
neyh???? kompem xcukup...haha

.aku neyh pemakan orangnye...<bukan pemakan orang k<

Nampaknya topik mula melarikan diri sudah

okai we go to da main point                                      
+untuk penegasan+

wish u oll 
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA..



NOTES OP DA DAY:
JANGAN makan daging banyak sangat KERANA daging dikatakan boleh menyebabkan serangan sakit jantung dan kanser di samping kesan negatif yang lain.... ADA PAHAM?




05/11/2011

2 CARA MENJAWAB EXAM DENGAN MACHO!!

Assalamualaikum kawan.....

Oleh karna semua orang tngah buzy ngan exam
hari ni saya nak berkongsi dengan anda  mengenai..............

CARA MENJAWAB EXAM DENGAN MACHO!!

saksikan !!!!!!!!!!!!!
 

1. Nota Kecik < nama laennyer speeD note<  (mmg really kecik lew)

nota kecik neyh maksudnya satu nota y sesangat kecik dan muat diletakkan pada tangan korunk yang besaq gedabaq tue..
 Masa orang ngah bizi gegiler baca buku tue korunk kena bz lew wat nota kecik neyh...
jgan plak gtaw dyorank tujuan penulisaN nota tuyh...hahaha...

Nie contoh nota y aku dok habaq tadi 

 
INGAT!!!!!

masa xzem korunk kena bawaak ler....
jGn lupea  plak...>lau x naye<

korunk bbleh bukak n letakkan d tangan sahaja  masa jawabb soklann..
mudah n sonang kam??

ada Lg satu caRa untuk Jimatkan Duet HANGpa beli kertas...xyah membazir >membazir amalan syaitan<
korunk tules jer atas badan spt tangan, lengan dan sbg...>tompat y sesuai lorrr<

contoh terbayek



2.  Love StyLe namenyer...



neyh dy caranyer


hangpa kena Ejaz awai-awai >pompuan  pakai bedak tetobai< >y laki plak kenyit mata kedua-dua belah...hahahaha<

kena ngorat awal-awal.....
lau xngorat dulu jadi cam neyh la plak...


 $%
#

04/11/2011

10 PERKARA YANG BOLEH MEROSAKKAN OTAK MANUSIA

ASSALAMUALAIKUM......

Hihihi..budak bucuk...pe kabo?
arini kita nak tengok mengenai OTAK...
wat is otak?
its not like otak-otak k...


harini saya nak berkongsi dengan anda mengenai 10 perkara yang boleh merosakkan otak kita...

Silalah baca yer!!!

1. Tidak mengambil sarapan pagi

Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.


2. Terlebih makan

Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.


3. Perokok

Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit ‘Alzheimer’.


4. Penggunaan gula yang berlebihan

Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.


5. Pencemaran udara

Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia.Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.


6. Terlebih tidur

Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.


7. Menutup muka ketika tidur

Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.


8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat

Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.


9. Kurang berimiginasi

Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.


10. Jarang berfikir

Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.




Notes:
Jagalah otak kita sebelum ia musnah...haha

03/11/2011

CiNta Gila Bayang

Assalamualaikum geng.........


harini xde pa nak cakap...cuma aku nak buat sedikit luahan perasaan...aku sebenarnya telah



sbonarnya sy telah  jatuh <da bagun larh> chenta ngan sorang mamat tuyh.. tp dy knai pown x ak..hahaha...




sebenarnya aku bukan la jatuh cinta sangat pun tapi lebih kepada minat...boleh dikatakan setiap hari aku stalker fb dy...(pengakuan jujur) <malu tp mahu, hakhakaha>...aku pun tak taw apa itu cinta sebenarnya...da orang cakap cinta, aku pun cinta la jgk...hakikatnya x kot...huhu...minat or suka sahaja...dan perasaan ni x menjadi suatu yang pelik bagi kita umat manusia kan?? perasaan suka, sayang dan cinta itu adalah lumrah...aku rasa xperlulah aku mengada-ngada pegi cakap " i love u" or "i like u" kat dia..cukuplah aku memerhatikan dia dari jauh...





kawan aku pernah bagi aku doa ni...tapi aku rasa doa ni terlalu kejam untuk dibaca kerana lebih kepada mementingkan diri sendiri...antara isi doa tersebut ialah :


YA ALLAH,.
JIKA DIA MEMANG JODOHKU
DEKATKANLAH…
TAPI KALAU BUKAN JODOHKU..
JODOHKANLAH..
JIKA DIA TIDAK BERJODOH DENGANKU…
MAKA JADIKANLAH KAMI JODOH..
KALAU DIA BUKAN JODOHKU…
JANGAN SAMPAI DIA DAPAT JODOH..
YANG LAIN..SELAIN AKU..
KALAU DIA TIDAK MUNGKIN DIJODOHKAN DENGANKU..
JANGAN SAMPAI DIA DAPAT JODOH YANG LAIN..
BIARKAN DIA TIDAK BERJODOH
SAMA SEPERTI DIRIKU..
DAN SAAT DIA TELAH TIDAK MEMILIKI JODOH..
JODOHKANLAH KAMI KEMBALI..
KALAU DIA JODOH ORANG LAIN..
PUTUSKANLAH!!!!!!!!!
JODOHKANLAH DENGANKU..
JIKA DIA TETAP MENJADI JODOH ORANG LAIN..
BIARLAH ORANG ITU
KETEMU JODOH DENGAN YANG LAIN..
DAN KEMUDIAN JODOHKANLAH KEMBALI DIA DENGANKU…
KEKALKANLAH JODOH KAMI UNTUK SELAMANYA
AMIN…

aku harap xde la korang sampai berdoa macm ni kerana terlalu gilakan seorang lelaki...
Sbb Allah pown da cakap kan..
DIA xbagi apa yang kita mintak tapi DIA bagi apa yang baik untuk kita...
 
Jangan la kerana Cinta kita nak menangis berlagu Siti NorHaliza. <ceyyywahhh Siti gituw lorh>huhu...cukuplah Allah bagiku...


Notes:


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

make ur own gifts here